Sunday, May 30, 2004
Ucapan hari lahir dari emak&ayah
Anakanda yang dikasihi,
Emak dan Ayah mengucapkan selamat menyambut hari lahir yang ke ..
moga dirahmati Allah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia untuk terus beribadat kepada Allah dan berjasa kepada suami, ibubapa dan keluarga tercinta. Pesanan emak ayah agar anak kesayangan emak ayah ini sentiasa menghiasi diri dengan sifat² akhlak terpuji:-
-Taubah iaitu meninggalkan segala perbuatan tercela
-Zuhud iaitu bersih atau suci hati dari berkehendakkan lebih dari keperluannya serta tidak bergantung kepada makhluk lain
-Khauf iaitu takutkan Allah, takut kepada kemurkaanNya dengan memelihara diri melakukan perkara² yang ditegah
-Sabar iaitu tabah/cekal menghadapi sesuatu ujian yang mendukacitakan
-Syukur iaitu menyedari semua nikmat yang diperolehi, baik dari yang lahir mahupun yang batin semuanya dari Allah
-Ikhlas iaitu mengerjakan amal ibadat dengan penuh ketaatan, semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, bukan kerana tujuan yang lain.
-Tawakkal iaitu berserah diri kepada Allah dalam melakukan sesuatu rancangan
-Muhabbah iaitu kasihkan Allah , sentiasa cenderung untuk berkhidmat dan beribadat kepadaNya
-Redha dengan Qada' dan Qadar iaitu merasa lapang menerima ketentuan Allah sama ada yang berupa nikmat atau musibah
dan akhir sekali..
sentiasa ingat kepada zikratul maut (kematian)
Elakkan diri dari sifat²
-Gemar kepada makan/ minum terlalu banyak
-Gemar kepada bercakap yang sia-sia, tidak berfaedah kepada dunia dan akhirat
-Pemarah dan cepat melenting walaupun perkara² / kesilapan yang kecil
-Hasad /dengki akan nikmat yang ada pada orang lain
-Bakhil/kedekut dan merasa sayang untuk membelanjakan hartanya ke jalan Allah
-Cintakan kepada kemegahan dunia
-Cintakan dunia secara keterlaluan menyebabkan lalai dari beribadat / berzikir kepada Allah
-Sombong/ bongkak serta merasai dirinya mempunyai kelebihan dan kedudukan yang tinggi
-Ria' iaitu menunjuk² dengan amal ibadatnya, beramal untuk mendapat pujian, sanjungan atau dipandang mulia oleh manusia bukan kerana Allah
Harapan emak dan ayah semoga anakanda terus berjaya dalam segala lapangan dan sihat selalu. Terima kasih atas segala bantuan dan kasih sayangmu. Maaf dari emak dan ayah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment