Thursday, April 28, 2005

Kontigen Maulidurasul



inilah barisan kita...



miss congenialty! ahaks



pose maut!

Wednesday, April 27, 2005

ESOK: "berarak mendung kelabu"

esok nak berarak..
bukan minum arak (hish.. nauzubillah)
bukan berarak mendung kelabu..
tetapi berarak yang dihalalkan dalam islam...
berarak sempena maulidur rasul.
OPis aku kali ni kaler pink gituh...heheeh
kali ni beria² nak menang..
kita tgk je esok jumpa kat padang!

esok maybe last day farisya aleya kat Taska Ummi..?
ye ke..sian Maktok.. hmm nak buat cam mana kan..
aku pun dah suka sgt farisya dok kat situ.. tapi..
yela..sapa nak amek farisya kalau aku lewat..?

esok balik sp kejap.. maksu diyana balik.. dah lama tak tgk farisya.
Ari sabtu amik cuti.. ari sabtu balik as semula.. sian ayah sakit lagi..
Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin cuti..wah... Ahad cuti sempena hari pekerja.
Isnin nak gi register Farisya masuk school baru.
Pas register leh mama merendek ngan abah.. he ehe he
Selasa keje semula.. (kan best kalau x yah keje.. ari² cuti best nye..!)

esok half day..
esok mai keje pun serupa tak mai keje..
esok tak yah buat keje
esok mai lepak² je
esok mai tgk baju² jabatan lain

pas berarak.. masuk dewan.. lepak lagi..
dgr ceramah, mkn then bole balik..
balik terus amik farisya..
oh ye..belum balut lagi hadiah tuk maktok + kakak² lain tu...
balik nanti kena beli kertas pembalut hadiahlah..
apa lagi ye??

Oh ye.. kena pack baju.. nak balik sp.
Hari pekerja nih semua pekerja diberikan cuti..
Aku pun cuti.. tapi masih bekerja dirumah seperti biasa..
Buat kerja kerana Alllah kan!
Jom buat kerja...

Monday, April 25, 2005

Tukar school!

smlm pegi cari school baru utk farisya aleya. Kebetulan je ade nursery baru buka kat Tmn depan tu. Terpaksa la tuko kan school sbb masa tak fleksible utk amik + harga yg dikenakan kalau terlewat ambil agak mahal. Skrg kena amek farisya sendrik sejak ayah sakit + Oh tgh morning sickness. Kalau tak, bole mintak tolong Oh. Tapi ye la sampai bila nak mintak tolong ngan dia kan.. Oh pun slalu bz. Sejak akhir² ni murah rezeki dia. School baru nih nampak ceria sket.. ye la baru nak buka.. cat warna warni. Bawak farisya semlam pegi tgk school baru dia.. dia pusing sana sini tgk warna warni agaknya. Nampak bersih la kawasan school baru ni. Stakat skrg baru 4 ke 5 org yg register situ. Mmm start bulan depan farisya akan tuko ke school baru. Kena sedia brg² ke school baru.. sbb school lama tak perlu bawak bekal bedak etc. Semuanya disediakan. Rasa ralat jugak nak menukarkan school farisya ni.. Sbb kat school lama, maktok tu dah sayang dia. Mak tok jaga dia baik sgt. Farisya pun dah ramai kawan kat sana. Sian mak tok kalau dpt tau farisya nak pindah. Ingat nak kasik hadiah kat maktok dan kakak² yg mengasuh kat situ. MMm gaji dah masuk ari nih..bole la shoping hadiah! Akhir bulan ni nak kena bagitau maktok yg farisya terpaksa pindah school. Ari nih genap 3 bulan farisya aleya. Nak buat kek batik la ari nih.. farisya aleya tak bole makan lagi..tak pe mama n abah akan makan bagi pihak! He he he ...

Sunday, April 24, 2005

Cerita ayah lagi..

smlm chat ngan shadan. Dia kata nak dtg ziarah ayah. Tunggu punya tunggu ingatkan dia tak jadik dtg.. tetiba time tgh sronok borak ngan killa kat tipon ade org bagi salam.. rupanya si shadan dtg ngan elly. So kalut la kemas rumah yg macam tongkang pecah hehhee.. berselerak! Biasa la bila semua bala tentera balik.. rumah jadik kelam kelibut! Ruang tamu jadik tempat lepak2 penuh ngan toto.. masa cuti maulud nabi ari tu rumah ni macam tempat asuhan kanak2 je.. sbb penuh ngan budak2.. riuh rendah jadinya. Tapi.. sian kat ayah.. yg tgh sakit.. budak2 bukan reti nak diam.. Balik semlm tgk ayah dah boleh duduk. Alhamdulillah.. Mak n abg isham bawak ayah pegi berubat kat Kg. Putat. Nama org yg ubatkan ayah tu Cik Puteh. Dah byk org yg pegi kat dia alhamdulillah... dah sihat skrg. Abg isham yg penah jatuh masa joging menyebabkan tulang pinggulnya terkeluar pun berubat di situ dan alhamdulillah.. dah sihat dah boleh joging semula. Cik Puteh tu hanya mahu pengeras segantang beras, RM24 suku, plaster, sireh dan pinang. "Kita ikhtiar je" kata mak. Kalau diizinkan Allah insyallah penyakit ayah boleh disembuhkan. Kan main lagi ayah berborak ngan shadan semalam. Agak lama dia duduk kat sofa depan tu.. siap suruh aku amek biskut nak menyicah ngan air teh. Pukul 10 lebih shadan pun balik ngan elly. Aku pun dah mengantuk.. apa lagi tgk si farisya tido nyenyak sejak jam 6.30 petang. Kalau dah tido macam ni sure sampai ke pagi tidonya.. Esok farisya aleya akan dibawa ke klinik. Cucuk 3 bulan plak. Dah besar dah anak mama.. kejap je dah 3 bulan...bestnye..cepatlah besar!

Saturday, April 23, 2005

MRI?


Magnetic resonance imaging (MRI) is an imaging technique used primarily in medical settings to produce high quality images of the inside of the human body. MRI is based on the principles of nuclear magnetic resonance (NMR), a spectroscopic technique used by scientists to obtain microscopic chemical and physical information about molecules.

Kemarin ayah aku p buat MRI. Tulang belakang dia ade yg sedikit bengkok. Tapi tak serius yg disangka. Ingat macam kes anwar. Sian ayah.. nak makan pun kena berdiri.. x bole duduk..sakit! Takkan nak berdiri je.. lenguh la plak.. nak tido x slesa.. sian ayah.. itu je yg mampu aku ckp.. Ayah stuju buat pun sbb semua adik bradik aku balik.. Setelah dipujuk akhirnya dia nak. Ija trus call PMC wat appointment. Sib baik ade cousin doktor. Minta nasihat dia dulu... Bukan senang nak gi buat tu.. Mahal kos nye.. Kita org biasa² nih rasa cam x mampu je nak pegi buat tu.. Mesin dia je harga RM2juta.

"Ya allah ya tuhanku.. sembuhkan penyakit ayahku.. amin.."

Thursday, April 21, 2005

Omeideto Gozaimasu~~

Khas buat silvercardberi n limaubali..
Selamat semuenya ek..
Bila mau rai??

Wednesday, April 20, 2005

UJIAN SELALUNYA MEMBUAT KITA LEBIH TABAH

Ari nih aku dpt mail fwd fwd..meh berkongsi sesama...

Hidup ini penuh dengan ujian. Memang perit dan pedih untuk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep "ujian" di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi,bagaimana ingin memujuk hati yang sedang berduka lara itu??? Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah....dan bacalah Al Quran...sesungguhnya, banyaklah sudah isi-isi yang tersingkap di dalamnya......segala jawapan ada di dalamnya....

Kenapa aku diuji?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telahberiman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orangyang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
-Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa ujian seberat ini?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-Surah Al-Baqarah ayat 286

Rasa Frust?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
- Surah Al-Imran ayat 139

Bagaimana aku harus menghadapinya?
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan).
- Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk".
- Surah Al-Baqarah ayat 45

Apa yang aku dapat daripada semua ini?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka....
-Surah At-Taubah ayat 111

Kepada siapa aku berharap?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.
dicuri dari-Surah At-Taubah ayat 129

Aku dah tak tahan lagi!!!!!!!
......dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
- Surah Yusuf ayat 12

Manusia yang tidak ada masalah dalam hidupnya bukanlah dinamakan manusia, tetapi 'robot bernyawa' yang telah diprogramkan.

Tuesday, April 12, 2005

hari bz

wah keje aku dah lepas dateline! Cam ne ek? X siap lagi..kang user complain..
Jom wat keje bg siap!! Arghhhhh...

Saturday, April 09, 2005

mengantuk tahap cipan

ish aku tak tau la cipan mengantuk mcm mana.. tapi ari nih aku mengantuk betui..mana tak nya..smlm berjaga .. bukan sbb farisya aleya tapi ...tengok dvd.. ahaks.. sib baik ari nih pagi ade perjumpaan staf, ptg ada meting. Ari ni aku mkn bihun? siap call Oh lagi tanya bole makan ke idak? Emm sebungkus abih aku mkn...ari nih dah 75 ari dah.. ok la kot no? setgh org tak berpantang pun..? Entahla.. aku berazam nak berpantang minum ais sampai farisya aleya genap setahun. Tapi kalau gi makan kenduri telan jugak la air diorg..? muakakka.. esok ahad.. kejap betui masa berlalu.. aku janji ngan kak nel nak mintak dia ajor power dynamo.. kena siapkan jugak²! Harap2 dpt siapkan sebelum abih hujung minggu ni.. sbb aku dah apply cuti next week. Dah lama x balik sp. Kebetulan sultan kedah nye besday ganti hari ahad next week.. so aku amek cuti isnin tu. Dapat la bercuti lama sket kat sp. Sian tok n tokwan sp rindu kat farisya aleya. Farisya aleya, cepat la besar..mama nak bwk jalan² ni!!!

farisya aleya


a cuunnnyaaa...

Wednesday, April 06, 2005

My Boss & ME

When I take a long time.
I am slow.
When my boss takes long time
He is thorough.
When I don't do it
I am lazy.
When my boss doesn't do it
He is too busy.
When I do something without being told
I am trying to be smart.
When my boss does the same
That is initiative.
When I please my boss
I am apple - polishing
When my boss please his boss
He's co-operating.
When I do well, my boss never remembers
When I do wrong, he never forgets
jap gi nak kena gi meting ni.. wakil boss sbb dia kena gi meting lain.
Sabtu pun sama kena wakil boss gak... ish.. byk tul meting... keje keje keje bila la nak siap ni??

Tuesday, April 05, 2005

puding triffle, ice cream, float strawberry....

2 ari lepas Oh dtg rumah bgtau 'berita gumbira'.. Mak anis dah balik so dia merap nak mkn puding triffle. So kemarin bawak Farisya Aleya gi shopping kat TSB pumpong beli barang² nak wat triffle.. Nyummmi nyummi.. Mak anis beli ice cream lagi.. n air strawberry. Si Musa, Muaz, n Muiz bila dtg je dijamu float strawbery oleh mak anis.. hepi giler bole makan ice cream! Arrr tensen²!! Bile leh mkn ice cream n air sejuk ni?? Nak jaga badan punya pasal..tunggu Farisya Aleya genap setahun laaaa...

Sunday, April 03, 2005

layan lagu jiwang peter pan

hhahaa aku pun nak letak lirik lagu peter pan kat sini.. buat tatapan dayang.. muakakak

Artis : Peter Pan
Lagu : Mungkin Nanti

Saatnya ku berkata
Mungkin yang terakhir kalinya
Sudahlah lepaskan semua
Ku yakin inilah waktunya
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi

Mungkin saja rasa itu telah pergi

Korus:
Dan mungkin bila nanti
Kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan
Kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin
Saat semua di sini

Dan bila hatimu termenung
Bangun dari mimpi-mimpimu
Membuka hatimu yang dulu
Cerita saat bersamaku

Ulang Korus

Tak usah kau tanyakan lagi
simpan saja untukmu sendiri
semua sayang kau cari
semua rasa yang kau beri

aku minat lagu je.. liriknye ditujukan khas buat dayang


ahad

waa.. ari ni ahad.. mengantuknye..smlm cuti..terasa nak cuti lagi ari nih..smlm selesema cikgu.. ari nih sib baik ok..cuma tekak je pedih² sket.. hmm pepagi bangun cium farisya aleya.. muahhss.. comeynye anak mama ni.. ari nih pegi school ye.. 2 ari cuti..lepak ngan mama. Kemarin abah bawak jenjalan.. tak sabo tul tunggu anak mama ni besar..boley gi jenjalan jauh². Skrg kecik lagi...sian plak nak bwk jenjalan jejauh.... Ari nih ade kenduri kat kpg.. Pagi tadi abah anto gi school awal..so ptg nih abah amik awal la.. Karang mama balik anak mama dah ade kat rumah la..

Mak anis dah balik smlm.. boleyla farisya aleya merap mak anis plak..

Aii..Buringnye .. bila nak start wat keje nih.. rehat kejap..dah setle satu keje tadik... kang ptg nak ke H*A ade discussion. Esok meting plak.. adeh.. busannye..okeh.. kena semangat sket.. Bangun² buat kerja!!