Sunday, April 24, 2005
Cerita ayah lagi..
smlm chat ngan shadan. Dia kata nak dtg ziarah ayah. Tunggu punya tunggu ingatkan dia tak jadik dtg.. tetiba time tgh sronok borak ngan killa kat tipon ade org bagi salam.. rupanya si shadan dtg ngan elly. So kalut la kemas rumah yg macam tongkang pecah hehhee.. berselerak! Biasa la bila semua bala tentera balik.. rumah jadik kelam kelibut! Ruang tamu jadik tempat lepak2 penuh ngan toto.. masa cuti maulud nabi ari tu rumah ni macam tempat asuhan kanak2 je.. sbb penuh ngan budak2.. riuh rendah jadinya. Tapi.. sian kat ayah.. yg tgh sakit.. budak2 bukan reti nak diam.. Balik semlm tgk ayah dah boleh duduk. Alhamdulillah.. Mak n abg isham bawak ayah pegi berubat kat Kg. Putat. Nama org yg ubatkan ayah tu Cik Puteh. Dah byk org yg pegi kat dia alhamdulillah... dah sihat skrg. Abg isham yg penah jatuh masa joging menyebabkan tulang pinggulnya terkeluar pun berubat di situ dan alhamdulillah.. dah sihat dah boleh joging semula. Cik Puteh tu hanya mahu pengeras segantang beras, RM24 suku, plaster, sireh dan pinang. "Kita ikhtiar je" kata mak. Kalau diizinkan Allah insyallah penyakit ayah boleh disembuhkan. Kan main lagi ayah berborak ngan shadan semalam. Agak lama dia duduk kat sofa depan tu.. siap suruh aku amek biskut nak menyicah ngan air teh. Pukul 10 lebih shadan pun balik ngan elly. Aku pun dah mengantuk.. apa lagi tgk si farisya tido nyenyak sejak jam 6.30 petang. Kalau dah tido macam ni sure sampai ke pagi tidonya.. Esok farisya aleya akan dibawa ke klinik. Cucuk 3 bulan plak. Dah besar dah anak mama.. kejap je dah 3 bulan...bestnye..cepatlah besar!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment