Sunday, May 08, 2005

"Selamat Hari Ibu"

genap 104 ari aku bergelar sebagai seorang mama. Ish cam tak caye je aku dah ade baby..aku dah ade anak sendrik... yg aku perlu didik supaya menjadi seorang anak yang solehah, yang bijaksana, yang bertanggungjawab terhadap diri sendri, keluarga, masyarakat, agama! Tanggungjawab aku sebagai seorang ibu amat berat! Kerana mendidik seorang anak bukannya mudah, apatah lagi nak menjadikannya solehah. Walaubagaimanapun.. aku harus terima amanah Allah ini! Semoga Allah berikan aku petunjuk dalam mendidik anakku menjadi seorang yg beriman kepadaMu...Amin.

Mak.. selamat menyambut hari ibu mak! Semoga mak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki selalu. Semoga mak sentiasa sihat dan kuat untuk beribadat kepada Allah SWT. Terima kasih mak.. terima kasih mak atas segala-galanya! I would'nt be here if you were'nt there 4 me! Thanks a million mom! Those have brought me this far! (teringat lagu yg slalu berkumandang kat TV1.. who next? your mother, who next? your mother and then your father... Say Alhamdulillah..thank you Allah..for my mother!) ish nanti aku cuba dptkan lirik lagu tu..best sgt!
Kepada ibu mertua ku~~ Terima kasih atas kasih sayang, kemesraan, layanan dan segala²nya. Semoga mak sentiasa sihat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah selalu..

Tak lupa juga diucapkan kepada semua² ibu, mama, ummi, mak, mummy di mana jua anda berada...
~Selamat Hari Ibu!~

2 comments:

edaleeja said...

the same wish goes to u too kak yus

Anonymous said...

tak sabarnya nak jadik ibu.. sob sob.. sedeh ni weh.. hehehe!
samat ari ibu to u too..