Cuti skolah dah nak abis..start Ahad depan, Farisya & Alyssa akan mula masuk skolah balik..Hari Selasa sebelum nak abis cuti, Farisya & Alyssa balik SP. Mula2 ikut abah ke opis, then tokwan & maksu datang ambil. Bukan main sronok lagi dapat balik SP. Pertama kali balik SP tanpa mama & abah. Sronok tu sbb ada maksu nak layan main. Hari pertama kedua2nya ok. Masuk hari kedua, dah mula sibuk telepon mama dan abah. Adik call cakap rindu mama, rindu abah..hehheh.. Tapi bila hari ketiga, masing2 tak telepon dah.. agaknya dah tahu, hari tu mama dan abah nak balik. Atau pun sibuk dengan aktiviti so memang tak ingat langsung nak telepon mama atau abah. Malam Khamis tu mama & abah lambat sket balik..dalam koi 10 baru sampai SP. Bila sampai je depan rumah, dengar dah sora kakak menjerit...abah balik..yea...lepas tu tak sabar2 dtg nak tunjuk kasut baru! Hmm..padan la hari nih tak telepon, rupanya maksu bawak shopping...pakat dapat sorang satu kasut baru! Lepas tu tak sabar2 plak nak tunjuk buku color yang maktok baru beli.. Buku tu ada gambar2 dan kena gunting dan lekatkan dekat buku.. sronok la dapat main gunting dan gam..
Dan satu lagi, kucing baru yang maksu ambil dalam longkang lepas sorang makcik buang masa pegi beli roti canai pagi Selasa lepas. Kucing tu mula2 dinamakan Boboi.. tp semalam ditukar plak jadi Debot..So kat rumah SP ada 3 kucing la sekarang, Tam, Gam dan Debot. Debot2, jangan membuang di dalam rumah sudah la ye.. toilet train please... Hari ni mama ajar anak2 gunting kertas buat butterfly dan orang sambung2. Sebenarnya salah gunting sbb tak reti lipat kertas tu.. so terpaksa la sambung guna benang dan selotape.. hahhaha. Ini lah hasilya....