Monday, February 27, 2006

menanti lagi..

smlm cuti.. gi check lagi perut.. alhamdulillah..semua ok.. cuma tunggu je la masa baby ni nak kuaq... dia syok lagi dok dlm perut mamanya.. ade 2 ari lagi sebelum tarikh due.. sekiranya dah over due..kena buat daily deptone..check jantung baby.. ai suspen je bila agaknya nak kuaq baby ni..
farisya pulak smakin manja.. asyik nak soh dukung je.. biasa le demam² dia merap la mama dia.. pandai plak time demam cari mama.. kalo dak tak kisah pun..sket² abah..abah abah.. mama tu jrg sgt dia nak sebut.. tp bila time x sihat.. automatically, nama mama je disebutnya.. tp alhamdulillah..smlm dia dah sihat sket.. cuma kadangkala batuk.. tp dia dah pandai control, kalo time minum susu dia terbatuk, cepat² dia buang botol dr mulut.. so tak de le termuntah ke apa ke.. tp smlm termuntah atas mama dlm kereta... ai..berbau la tudung n baju aku masa gi klinik hehhehe..nak balik umah dulu tukar..lecey la plak.. nak kena iron baju len.. sib baik sket je dia muntah.. ala bau susu anak sket² tu.. halalkan aje le.. hehhehe..

ari ni mood nak buat keje pun dah kurang.. rasa cam malas je nak buat.. mata plak asyik nak terlelap je.. ngantuknya.. jom tido!

Thursday, February 23, 2006

got an sms from farisya's baby sitter!

alamak.. anakku demam panas le plak.. camne ni.. terus call hubby gitau kakak nursery sms farisya demam panas.. risonya... soh abg balik gi amik dia wak gi kinik.. ai.. awat la farisya nih asyik demam je 2 3 ari ni? kenapa ek? risonya hati nih.. nak balik..ptg nih ade meting plak.. lagi pun kengkawan tumpang reta. Sib baik abg bole balik... harap2 farisya ok..
nih gambo dia smlm masa dok asyik tgk dvd kegemarannya.. Barney! Kalo dia tgh nangis² pasang je dvd ni..sure bole senyum ketawa lagi sambil tepuk² tangan dan menari² sbb dpt tgk fav dinosour dia ni. Smlm saje je ikat rambut dia.. buat tocang hehehe.. tak penah ikat lagi.. tu 1st time ikat tu.. mula² dia tarik buang.. pastu masa tgh dia ralit tgk barney tu ikat skali lagi.. yea..berjaya ikat.. dia tak sedar pun.. hehehhe..

Wednesday, February 22, 2006

Q & A

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah
menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

Surah At-Taubah ayat 129

Tuesday, February 21, 2006

farisya aleya gi playground!

marin bwk farisya gi playground.. saje je nak try.. bukan main lagi dia seronok naik slide.. jenuh abah sakit pinggang dok control dia main. mama sibuk nak amik gambo.. tepaksa le pakai hp je dpt le snap 3 kpg. susah tul nak amik gambo dia.. dok x diam skrg. kamera abah lom siap lagi.. digicam pun tak de.. sib baik ade hp..leh gak amik gambo kenang²an isi dlm fpages. hehehe..

baby lam perut dok gerak tak benti². ntah bila nak kuar pun tak tahu le.. dia masih syok dok dlm perut mama agaknya. huh geli mama dibuatnya bila sidia bergerak dgn pantas.. abah asyik tanya boy or girl.. mama cam konfiden je farisya nak dpt adik girl.. sbb mama rasa masa alahan dulu serupa je mcm mama pregnant kat farisya dulu. tak tahu la.. berserah je kat ALLah.. anak apa pun mama suka.. boy or girl bukan persoalannya.. mama berdoa agar semuanya selamat.. itu je..

farisya masih batuk². sian la.. tgh² malam beberapa kali mesti dia terjaga sbb batuk. abah le kena bgn teman. mama kadang² je bangun.. kalo teruk sgt mama kesian, soh abah angkat farisya tido sekali ngan mama. then abah turun amik mucosolvan.. kasik farisya minum 1ml.. mengamuk dia tak nak minum ubat.. nak tido la..kaco la mama n abah ni... tp slagi tak minum mucosolvan, farisya akan batuk tak henti². langsung tak leh tido. sian anak mama ni..lepas tu mama sapu vicks sket kat dada, baru farisya leh tido dgn nyenyaknya sampai ke pagi.

nanti bila ade baby, farisya kena gi school ngan abah setiap ari. Mama dah tak leh teman dlm masa berpantang. maybe ari jumaat pun farisya kena pegi school. Mama x cukup tangan nak jaga. setiap ari jumaat, abah akan bwk farisya gi school kat tempat abah keje. arghh jauhnya anak mama pegi school nanti. mesti mama rindu kat farisya..

nama utk adik baru pun mama masih belum tetapkan lagi. abah soh mama pilihkan.. tp mama nak kali ni abah pula yg berikan nama. takpe la..nanti kita tgk la nama apa nak boh kat baby baru ni. yg penting mama n baby selamat..insyallah.. doa kat allah byk2.
kalo masa berpantang nanti ada laptop, bole la mama update lagi cerita kat blog ni.. sampai sini dulu ari ni..

Wednesday, February 15, 2006

besday hiro ... menghitung hari

ari ni genap hiro setahun.. * hepi besday to hiro *..

takde idea.. ari ni dah 15 feb.. aku dok menghitung ari je ni.. bila baby ni bakal dilahirkan? hanya Allah yg Esa je tahu... Ari² kengkawan opis tegur...aik mai lagi? la...dah belum masanya melahirkan...aku dtg je opis seperti biasa... tp suspen je ni.. kalo sakit kat opis camne? huhuhu mintak² la semuanya dimudahkan... doa dan tawakkal kat allah je la...

farisya baru baik demam.. 2 ari dia berjaga mlm.. sbb tak sihat..bdn panas je.. ari ni dah ok dah..semlm tido dgn nyenyaknya...tp aku masih dok mengantuk² lagi.. agaknya dah 2 ari tido tak berapa betul.. tp semalam ia ia aku tido awal.. mya zara pun tak sempat tgk..hehhee..ngantuknya.. jap gi ade kelas aqidah.. jgn telelap dlm kelas udahle.. okey setop sini dulu.

Wednesday, February 01, 2006

1427hijrah

dah masuk thn baru dah.. azam thn baru? mmm apa ek.. hehhe..thn lepas pun ada azam gak ke.. mcam mana azam thn lepas? terlaksana sudah? atau mcam tu jugak? berubahlah, berhijrahlah ke keadaan yg lebih baik... baca honeybiru.. azamnya nak jaga solat! wah bagus sungguh azam tu.. aku pun nak jaga solat.. lately aku mengantuk sgt.. slalu tetido dulu sebelum solat isyak.. lepas tu bgn ikut suka baru solat isyak. aiyaik..lepas ni nak solat isyak dulu...baru nak tido!!


(gambo sebelah-farisya tak potong kek..tapi dia tepuk kek tu..heheh)29hb ari tu tercapailah hasrat ku nak buat kenduri makan² sket tuk farisya aleya sambut besday yg pertama. Walaupun dia kurang sihat, tp syukurlah..dia tetap ceria meraikan tetamu.. sampai tak lena pun waktu siang tu.. punya la nak rai tetamu yg dtg tak benti². Maktok masak bihun goreng, pulut n kuah durian. Maklang (akak ipar aku) masak kari ayam n maktok juma masak roti jala n kuih cara berlauk, kuih lompang. Aku masak air gula jek..ahaks.. Majlis bermula jam 3.30ptg.. masa mula² tak ramai yg dtg, tirah n kengkawan dan jiran² je. Lepas tu yah, adli, farah, naz, kakimah, hijan dtg berturut². Penuh rumah. Tok n Tokwan SP pun sampai masa yg sama gak..riuh rendah...meriah sgt. Tak terlayan mama n abah. Lepas tu adik² ipar kak oh plak dtg, kak azzah pun datg gak ngan sumaiyah. Lutfi & wife n kak ina sefamili dtg petang sket.

Farisya byk dpt hadiah, acara bukak adiah buat sebelah malam.. Tak byk amik gambo sbb abah n mama sibuk betul melayan tetamu. Terima kasih pada semua yg sudi dtg dan bawak hadiah tuk farisya. Domo arigato gozaimasu!