Friday, July 01, 2011

Org UK balik mai


baby aneesa sungguh debab


tok nek dgn cicit UK


aneesa's fav boh tangan dlm mulut..


farah alia & alyssa @playground tmn jubli perak


farisya & ariana @playground tmn jubli perak


pakngah melayan anak2 mkn mee grg


farisya & ariana


farisya, alyssa, farah alia, ariana


posing sakan


farah alia 

Minggu ni Farisya & Alyssa ponteng skolah 2 hari..sebabnya...nak jalan2 & bersama2 dgn cousins2 dari UK. PakNgah & family balik mesia 15 jun yang lalu. Tapi Sabtu lepas baru diorg balik SP. So Farisya ngan Alyssa minggu ni baru berkesempatan berjumpa dgn cousin2 yang setahun skali baru berjumpa..syok sangat la depa...sampai xheran tak tido ngan mama ngan abah..tido pun dgn cousin2 semua..heheheh takpa..bukan slalu pun boleh macam ni..

My felt craft

Ini lah hobiku dimasa senggang..hehhehe actually dah lama tinggai ..so tetiba teringat nak buat plak...jom kita tgk cara2 nak buat sepit rambut bunga kemboja....

mula2, gunting felt bentuk syiling 50sen sebanyak 5 keping


gunting sket mcm dalam gambar..pastikan gunting skaligus menggunakan gunting yg tajam


jait jelujur spt dlm gambar


tarik kuat2 benang jait jelujur tadi sampai jadi bentuk bunga kemboja
lepas tu matikan benang..hias bunga kemboja dengan butang dan gam di sepit rambut


farisya menggayakan sepit bunga kemboja


alyssa pula menggayakan sepit bunga kemboja


inilah sepit yang dah siap..


bole cuba ye ..


kakak pilih warna biru..


adik pilih warna pepel..

Sesi melawat klinik...


gigi yang baru dicabut....

menunggu giliran..alyssa dah terlelap..


muka sedih lepas teriak..hahha


dr tgh palam gigi alyssa


kakak tunggu adik plak palam gigi

Gigi Farisya longgaq, so dah try cabut byk kali tak boleh2 jugak..akhirnya decide pegi jumpa dentist Dr. Mimi. Klinik Dr. Mimi dah pindah kat Jalan Pegawai, bila sampai klinik ja, terpampang dibuka jam 2.45 ptg-6 ptg. Alamak, kami sampai klinik terawal la plak.. so tepaksa la menunggu dlm 20 minit...Bila tepat jam 2.45, pintu klinik pun dibuka, time tu Alyssa dah mengantuk...sementara tunggu giliran, Alyssa siap tertido lagi. Mula2 abah yg mula masuk utk wat dressing gigi, lepas tu Farisya..siap dgr dia menangis tu...hehheeh anak mama...penakut sket.. then, baru nama Alyssa dipanggil. Alyssa cuma tampal je gigi dia yang berlubang..Pengalaman pertama la kakak cabut gigi.. Hari ni kakak mengadu ada 1 lagi gigi longgaq....huhuh nak kena pegi jumpa dentist lagi ke?? or cabut je sendrik? Dulu2 rasanya kalau gigi susu semua cabut sendrik je...heheheehehe...

Friday, June 10, 2011

Farisya & Alyssa balik SP

Cuti skolah dah nak abis..start Ahad depan, Farisya & Alyssa akan mula masuk skolah balik..Hari Selasa sebelum nak abis cuti, Farisya & Alyssa balik SP. Mula2 ikut abah ke opis, then tokwan & maksu datang ambil. Bukan main sronok lagi dapat balik SP. Pertama kali balik SP tanpa mama & abah. Sronok tu sbb ada maksu nak layan main. Hari pertama kedua2nya ok. Masuk hari kedua, dah mula sibuk telepon mama dan abah. Adik call cakap rindu mama, rindu abah..hehheh.. Tapi bila hari ketiga, masing2 tak telepon dah.. agaknya dah tahu, hari tu mama dan abah nak balik. Atau pun sibuk dengan aktiviti so memang tak ingat langsung nak telepon mama atau abah. Malam Khamis tu mama & abah lambat sket balik..dalam koi 10 baru sampai SP. Bila sampai je depan rumah, dengar dah sora kakak menjerit...abah balik..yea...lepas tu tak sabar2 dtg nak tunjuk kasut baru! Hmm..padan la hari nih tak telepon, rupanya maksu bawak shopping...pakat dapat sorang satu kasut baru! Lepas tu tak sabar2 plak nak tunjuk buku color yang maktok baru beli.. Buku tu ada gambar2 dan kena gunting dan lekatkan dekat buku.. sronok la dapat main gunting dan gam..
Dan satu lagi, kucing baru yang maksu ambil dalam longkang lepas sorang makcik buang masa pegi beli roti canai pagi Selasa lepas. Kucing tu mula2 dinamakan Boboi.. tp semalam ditukar plak jadi Debot..So kat rumah SP ada 3 kucing la sekarang, Tam, Gam dan Debot. Debot2, jangan membuang di dalam rumah sudah la ye.. toilet train please... Hari ni mama ajar anak2 gunting kertas buat butterfly dan orang sambung2. Sebenarnya salah gunting sbb tak reti lipat kertas tu.. so terpaksa la sambung guna benang dan selotape.. hahhaha. Ini lah hasilya....

Wednesday, June 08, 2011

cuti2 Penang


TM Resort
View kolam dr bilik kami...

Cuti skolah baru ni Ija sewa apartment kat TM Resort. Kami pun p menyebok join kat apartment tsb bersama Anis & famili, Abg Dd & famili + Maktok n Marwa (satu2nya wakil Taman Rajawali) hehhe.. Tp time tu Abah tercinta xdak...Abah outstation ke Bangkok selama 3 hari. Tak pa la...abah xdak kami rindu sgt kat abah tp enjoy bercuti di Penang..Tokwan, mcm biasa...dia xmau p mana2.. Kami semua ke Penang naik feri.. Anak2 semua syok boleh turun masa dlm feri..
Sampai di TM Resort lebih kurang pukul 4.30 kot..Ija &Anis serta famili dah lama sampai..anak2 Ija & Anis semua dok enjoy mandi kolam.. Apa lagi, Farisya, Alyssa,Afif, Fareez dan Marwa pun tergedik2 nak masuk kolam.. Kami check in dulu lepas tu solat asar baru la pakat2 terjun kolam.
bersiap sedia dah nak terjun kolam...

Lepas mandi semua pakat kelaparan la plak.. sibbaik bwk bekal roti + planta...abis semua!! Walhal Ija dah siap nasi kat bilik atas.. Apalagi semua pakat naik ke bilik Ija utk makan nasi..
Malam tu acara ronda2 pasar malam Batu Feringgi. Anak2 semua xikut.. Rehat di bilik.. Ija tolong buka nursery.. heheh.. Sampai kat sana, tempat mula2 dituju ialah kedai CD.. sambar 6 keping br RM20. Lepas tu jalan2 cari blause dan baju tuk anak2. Lepas ronda kami pun balik...tido... Esok pagi2 lepas bfast nasi lemak, anak2 turun utk 2nd round mandi kolam..
Sempat juga main di tepi pantai. Tapi xlama sekejap je ujan turun..semua pakat lari naik apartment semula.. Tepat jam 12 semua pakat check out. Abg Dd ajak balik terus AS sbb tgk anak2 dah letih mandi kolam.. Anis & Ija plan nak singgah bazar dulu.. (soping la..apa lagi.. heheh ) Walaupun sekejap je jalan2 Penang, tp agak berbaloi utk anak2 enjoy mandi kolam dan laut + bersantai beramai2 bersama2 famili tercinta... ruginya abah xjoin...huhu takpe next time kita pegi lagi ye...

Tuesday, June 07, 2011

weekend datang lagi..

Weekend datang lagi..kali ni nak pegi kenduri di Gopeng..kenduri akikah Nur Ardini Husna...adik Hassya (anak Maknis)..kami bertolak hari Jumaat dari AS lepas magrib, amik maktok dulu kat Jln Stadium then baru balik SP.. malam tu tido di SP.. tokwan as usual..xmo join..al maklumlah..tokwan skrg bukan sihat sgt..jadi dia dah xbrapa mau jalan2 p mana2.. so tokwan akan dok di rumah ja..esoknya pagi2 Sabtu, kami pun bertolak ke Gopeng. Lepas bfast bihun goreng, maktok Puyah masak..kami pun bertolak.. dlm perjalanan 2 kali jugak la jem.. mula2 jem kat Taiping, ada sebuah keta terbakar..sbb apa xtau la.. kali ke 2 plak jem lepas Sg. Perak, ada eksiden 3 buah keta.. langgar bumper je.. tp jem nya boleh tahan..
Dlm pukul 11.30 kami pun selamat sampai di Gopeng. Majlis berendoi baru ja bermula..Farisya ngan Alyssa dedua 1st time tgk majlis tu..agak hairan dan beria2 tgk majlis berlansung..kiranya kami tiba on time la.. bole tgk majlis berendoi dan marhaban. Selesai majlis, apa lagi..makan kenduri la.. antara lauk yg dihidangkan...daging kambing masak ala2 pesamah, ayam masak merah, hati ayam digoreng dgn kacang panjang, ikan masak tempoyak, ulam2 dan sambal belacan, ikan kering grg dgn cabai kering dan bubur anak lebah..1st time jugak mkn bubur anak lebah..mcm cendol tp dimasak dgn santan jadi bubur..selesai makan..acara bersantai2... Abg Dd n famili tiba xlama lepas kami selesai makan.
adik Husna sgt baik..masa majlis berendoi dia xmenangis pun..habis ja semua makan, sibuk plak nak terjun sungai... pujuk punya pujuk akhirnya berjaya juga Farisya, Alyssa, Fareez dan Afif mandi sungai.. Hassya awal2 lagi dah terjun sungai ngan ayah dia..
Ptg tu lepas penat mandi sungai..pakat naik moto ronda kg cari aiskrem pula.. sronok la dpt makan aiskrem. Uncle plak banyak beli jajan... pakat dok ulang mkn kopok, cekelat..lolipop..takpa la bg can la bukan slalu pun nak enjoy2 macam tu kan..ptg tu Abg Dd balik, kami ja yang tak balik..mmg plan nak tido di Gopeng semalam. Sangat sejuk tido malam tu..mak mentua anis awal2 lagi bagi selimut sorang satu..persediaan awal pasal cuaca mmg sejuk malam2..mana taknya..kat belakang rumah ada sungai..dan kawasan kampung tu sangat nyaman...hehehe...sejuk wooo...pagi Ahad tu awal semua dah bersiap2 nak balik..lepas makan nasi goreng kami semua berangkat pulang..Anis pun balik ke Kulim..tapi diorg plan singgah Kuala Kangsar dulu.. kami pula plan nak singgah Pulau Aman.. tp xnaik bot ke Pulau Aman pun.. singgah makan di jeti Pulau Aman je... makan laksa, mee kuah dan ABC kat situ.. punya la ramai org kat jeti..rupanya2 ada kenduri kawen di pulau..siap jumpa pengantin di jeti..hehhe..Lepas mkn kami teruskan perjalanan ke SP.. singgah di SP dulu malam baru balik ke AS..mmg letih dan mengantuk..tp keesokan harinya dah plan nak pegi tgk movie ngan anak2..
Kali ni cite Kungfu Panda 2.. Alyssa yang mula2 mcm cuak ja nak masuk akhirnya enjoy dpt tgk 'PO' the dragon warrior.. mmg puas hati la cite Kungfu Panda 2.. best..boleh bagi 5*...hehe.. sapa2 yang belum tgk boleh la p tgk...no regrets.. tak sabar pulak nak tgk transformers...hehhe..


Tuesday, May 24, 2011

Hari Lapar Buah


Hari ni abg tak sempat nak bekalkan buah fresh..huhu lapaq buah..
Hari ni cuma ada bekal kurma n kismis je.. dah makan byk kismis..tak kenyang² jugak..
hmm....terasa lapar la plak hari nih..tapi nak mkn apa ye?

tengah tunggu masa untuk kembali berselera makan.. masa tu jenuh la..semua kedai mesti nak masuk..tp buat masa sekarang ni..satu kedai pun tak hingin nak p.. dok umah diam².

22 mei lepas pergi check-up skali lagi, alhamdulillah..semuanya OK. Menurut dr, 'the third' sekarang dah masuk 10 minggu.. masih muda n kecik lagi hehehe.. dan paling syukur nampak heartbeat dia berkelip² walaupun kecik nampak jugak..mmg kagum ciptaan Allah SWT.. Subhanallah!

Farisya & Alyssa pula hari ni masuk hari ke2 exam. Hari ni paper math & eng. Tak tahulah cemana diorg jawab. Moga² dapat jawab dengan tenang. Kelmarin kakak balik citer yg adik menangis masa jawab paper BM. Seperti biasa, Cikgu Akmal la penyelamat, memujuk adik dan akhirnya dapat jawab jugak paper BM sampai habis.. tak tahu la apa alyssa jawab ..heheh tunggu resultnya nanti..

Alyssa 1st time menghadapi exam, mmg tak boleh paksa² dia buat keje.. macam mana la nanti bila kakak dah masuk darjah 1, tinggal dia seorang kat tadika? Mmm...Harap² dia OK. Cikgu Akmal pun mesti bukan lama mengajar di situ.. sapa pulak yang akan jadi tukang pujuk?

Sekejap ja rasa anak² membesar! Next year kakak dah nak masuk skolah darjah 1. Sungguh cepat masa berlalu...tapi kenapa lambat nya nak balik umah...i'm starving! hehhe



Monday, May 16, 2011

selamat hari guru!!


16 mei hari guru disambut.. khas buat semua cikgu² terima kasih atas jasamu..
dlm famili pun ramai ahli keluarga yg jadi cikgu²..dr mak, ayah, kakak, abg² ipar, adik pun semuanya bergelar cikgu belaka..heheh slamat ari guru buat semua...semoga pengorbanan kalian dalam melahirkan modal insan yang berguna di hari² mendatang mendapat barakah dari Allah SWT.

semalam anak² turut membuat kad² hari guru khas untuk cikgu di tadika... hadiah yang dibeli sehari sebelum kononnya nak surprised kan cikgu dah tak jadi surprised dah sbb adik awal² lagi dah pi habaq kat cikgu hahhahaha.. beria² pesan jgn bagitau cikgu konon² nak surprised..hishhh tak boleh simpan rahsia betul...

cikgu pasti ada 3 orang, cikgu majidah, teacher sabariah dan cikgu fav adik..cikgu akmal..
cikgu² mesti sronok dpt hadiah macam² dari anak murid.. bayangkan kalo satu kelas ada 30 orang, setiap sorang bagi hadiah...wow...kata la bagi kain pasang... tak payah beli kain dah cikgu tahun tu...hahahah jenuh nak buat baju kurung...

bukan main sronok kelmarin bila cikgu majidah bagitau esok mai pasti pakai baju sukan sebab ada hari guru dan ada ayam kfc.. tak tau la betui ka dak..jenuh cikgu nak belanja ayam kfc.. nanti balik baru tau cerita sebenar.. heheh

apa pun cikgu² gembira sambut hari guru..anak² murid pun sronok sebab hari nih ada makan²..
yeah..Selamat Hari Guru buat semua guru² di mana jua anda berada~~~ Terima kasih cikgu!!


Thursday, May 12, 2011

kembali ke ofis~~


dah masuk 3 hari dtg ofis berbekalkan biskut n buah tembikai, thanks to abg yg selalu siapkan bekal, siapkan segala kelengkapan anak² ke sekolah, siapkan semua kerja² di rumah...
letih memang letih tp nak buat camna kena banyakkan bersabar, berdoa moga semuanya akan kembali normal tak lama lagi..amin..

farisya ngan alyssa kedua²nya dah pandai berdikari..syukur alhamdulillah..
ayat alyssa setiap ari ---> baby dah besar ke belum mama?
tak sabar sungguh dia nak dpt adik..
hari 1st mama nak pegi keje alyssa tanya "baby nak pegi tgk ofis mama ke?" hahaha..

hari ni sgt letih di ofis... walaupun ari ni boleh balik awal..kui 3.30 dah boleh balik..tp nak tunggu jam bergerak 3.30 terasa lambat sangat!! kerja² atas meja masih banyak tp rasa tak terdaya nak buat..ya Allah permudahkan segala urusanku..

Thursday, April 21, 2011

'the third' is coming...


insyallah...project the third dah berjaya...
doakan semuanya berjalan lancar...
amin...:)

Sunday, March 20, 2011

Alyssa turns to 5 on 5th March..


my little alyssa is already 5 years old..how time flies... thanks to Allah..for giving me this opportunity to watch you grow.. to see your smile... to hear you laugh.. and to share everything with u..we love u so much alyssa..love u so much!!!

Thoughts Of You

© Paula Stone
Memories of another time still come To me and fill my mind, with thoughts Of you when you were young. I lie awake ‘Till the morning sun comes creeping Through my window shade, as I dwell upon Mistakes I've made. What I would give to Go back in time and feel you’re little Hand in mine. To cherish each fast and Fleeting day. To hold you close and kiss Away, each pain that life will have in Store and try to give you so much more. You are part and will always be, imbedded in the soul of me. While I'm Here, I want to say, that I've loved you Each and every day and when my time on Earth is gone. The privilege was mine to have been your Mom.


Friday, March 18, 2011

The most memorable weekend...

enjoy swimming with abg afif & abg fareez

acara makan kerang bakaq! marbelesss..

sedapppnya kerang bakaq!

layan pasembor & kerang bakaq @ padang kota

kedah vs terengganu 2-0 yeahh...

weekend yg amat best..walaupun sekejap je masa lepak bersama adikbradik...
sronot la farisya dan alyssa boleh mandi kolam dengan abg afif & fareez...rindu betul dgn diorg...akhirnya dapat berjumpa juga...syukur ya allah.. :)

Wednesday, March 16, 2011

Anniversary mak ayah ke 42

Hari ni genap 42 tahun usia perkahwinan mak&ayah.. aku..sebagai seorang anak amat bersyukur dan sentiasa mendoakan kebahagian kedua² ibubapaku.. syukur ya Allah...
Doa sentiasa semoga kedua²nya diberkati Allah selalu, diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia dengan kehadiran anak² dan cucu²... Terima kasih mak & ayah.. kerana tanpa mak ayah...aku tidak wujud di dunia ini...Luv both of u~~~~