Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Sunday, June 17, 2012

Wednesday, February 15, 2012

the third is 64days


Aamily dah 64 hari ni..dah 2 hari Aamily belajar minum susu guna botol. Syukur sangat2 aamily dah mahu minum susu guna botol.. so mama tak payah lagi risau nak tinggal bb kat nursery nanti.. dah tak lama lagi mama akan masuk kerja.. ayooo...fikir pasal keje ni mula la malas..hahhahah..

 ni waktu layan barney

Sekarang aamily belajar minum susu botol waktu siang.. jenuh mama memerah susu.. tp kalo tak cukup mama selang selikan dengan susu formula..annum.. syukur..dia mau minum walaupun agak susah mula2 tu..tapi letak je puting dalam mulut..lama sket baru dia mula isap.. hmm.. budak2 zaman la ni..memang bijak..


Thursday, January 12, 2012

aamily dah sebulan


hmm sedar tak sedar dah sebulan dah bb aamily.. yeaaaa... (yeaaa sbb tak lama dah la nak abis pantang..) hehhe cukup sebulan, kami bwk aamily balik sp.. beria2 mama siap beg semua sbb ari kamis lepas abah balik keje terus nak balik sp.. mau tak nya abah sampai koi 6 ptg mesti kena cepat bergerak balik sp..nanti sampai malam plak.. sementara nak siap barang2 masuk dlm keta last2 bertolak dlm pukul 6.40 juga...mmg akan sampai sp malam la... takpa la..janji semua selamat dan bb aamily ok.. alhamdulillah bb ok je.. :)

Saturday, January 07, 2012

kembung...

baby kembung perut? adoila camna nak bg baby tak kembung ni? sejak 2 3 ari nih dia asyik2 jeluak je..makna kata susu yg dia minum xhadam.. bila tak hadam tu maknanya perut dia kembung.. tah la..mcm2 dah buat tp still macam tu jugak.. dah demah guna halba.. sapu minyak tok nek.. sapu minyak yu yee cap limau..sapu minyak nona roguy pun still kembung jugak nih...gripe water pun dah bagi...


nasib baik la baby ni xmeragam sangat..dia nangis sket2 je.. cuma kesian tgk dia asyik2 jeluak je... risau pulak tgk dia..dah la jenis minum byk...lepas tu jeluak pun byk jugak...aduyai..baby...cepat la besaq... :)

Thursday, January 05, 2012

Kakak Farisya masuk skolah!

~~kakak 1st day school :) ~~

~~alyssa mengasuh baby aamily~~

Alahai anak sulung mama ni dah darjah satu tahun 2012 ni..cepat betui membesar..:) Mama doakan kakak belajar rajin2 dan berjaya dalam semua matapelajaran yang diajar di skolah.. Teringat wording kat dlm kelas mama masa form 5 dulu.. bukan senang hendak senang .. betul tu..apa pun kena rajin, usaha, tawakkal dan doa ok.. so mama sebagai seorang ibu sentiasa doakan kejayaan buat anak2 mama tercinta.. adik pun dah masuk tadika kelas 6 tahun.. eh masih panggil adik ka..nak buat cemana tersasul..sbb dah terbiasa panggil adik hahhaha.. kena tukaq pelan2.. panggil kakak alyssa..tapi alyssa belum start kelas lagi..next week baru mula belajar.. so this week dia lepak di rumah jaga baby :)

Wednesday, January 04, 2012

2012 1st post

sedar tak sedar 2012 muncul..skejap ja masa berlalu...hari ni dah 22 hari umur Farieha Aamily, the third!

Monday, December 26, 2011

hello world...

the third was born on 14 dec 2011..


welcome to the new world .

Monday, October 24, 2011

the third updates

 :: new clothes 4 the third..
:: is 32 weeks..
:: actives in mama's tummy..

Tuesday, May 24, 2011

Hari Lapar Buah


Hari ni abg tak sempat nak bekalkan buah fresh..huhu lapaq buah..
Hari ni cuma ada bekal kurma n kismis je.. dah makan byk kismis..tak kenyang² jugak..
hmm....terasa lapar la plak hari nih..tapi nak mkn apa ye?

tengah tunggu masa untuk kembali berselera makan.. masa tu jenuh la..semua kedai mesti nak masuk..tp buat masa sekarang ni..satu kedai pun tak hingin nak p.. dok umah diam².

22 mei lepas pergi check-up skali lagi, alhamdulillah..semuanya OK. Menurut dr, 'the third' sekarang dah masuk 10 minggu.. masih muda n kecik lagi hehehe.. dan paling syukur nampak heartbeat dia berkelip² walaupun kecik nampak jugak..mmg kagum ciptaan Allah SWT.. Subhanallah!

Farisya & Alyssa pula hari ni masuk hari ke2 exam. Hari ni paper math & eng. Tak tahulah cemana diorg jawab. Moga² dapat jawab dengan tenang. Kelmarin kakak balik citer yg adik menangis masa jawab paper BM. Seperti biasa, Cikgu Akmal la penyelamat, memujuk adik dan akhirnya dapat jawab jugak paper BM sampai habis.. tak tahu la apa alyssa jawab ..heheh tunggu resultnya nanti..

Alyssa 1st time menghadapi exam, mmg tak boleh paksa² dia buat keje.. macam mana la nanti bila kakak dah masuk darjah 1, tinggal dia seorang kat tadika? Mmm...Harap² dia OK. Cikgu Akmal pun mesti bukan lama mengajar di situ.. sapa pulak yang akan jadi tukang pujuk?

Sekejap ja rasa anak² membesar! Next year kakak dah nak masuk skolah darjah 1. Sungguh cepat masa berlalu...tapi kenapa lambat nya nak balik umah...i'm starving! hehhe