Tuesday, May 30, 2006

Siapakah??

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa
musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu
sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang
miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati
membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana
mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa
neraka.

Siapakah yang paling bijak ?

Orang yang paling bijak adalah orang yang banyak mengingati MATI dan
membuat persediaan menghadapinya...

Wallahualam...

Wednesday, May 24, 2006

btn la pulak

kusyuknya farisya tgk .. apa kebenda yg dia tgk tu? org berlari sana sini bwk bendera macam2 color.. smlm abah bwk kami gi raptai sukma xi kat stadium.. punya la ghamai budak skolah dok menari kat padang tu..tak skolah dah depa ni.. dok praktis siang malam.. dah dah..abah kata..jom balik.. tak dak apa dah.. sian baby kena tinggai..nak bawak kecik sgt.. ni pun abah bawak mama sbb sok mama tak leh tgk the real opening ceremony sbb mama kena p btn! waaaa.. esok mama akan ke btn ulu kenas selama 5 ari.. tinggai baby, tinggai farisya n tinggai abah skali.. huhuhu..
takpa..harap2 baby, farisya n abah sabar menanti kepulangan mama.. mama rindu kamu semua..aceh.. x penah berpisah ngan baby n farisya selama 5 ari sebelum ni.. tu yg ghisau tu. dan yg penting skali.. baby cepat sembuh! Mama risau betul nak tinggai baby tgh sakit ni.. mlm² harap2 dia ok..sbb tak penah tinggai. Lepas mama balik dr BTN, kita pegi langkawi ek.. huhuh destinasi percutian yg dirancang satu ketika dulu.. Tapi kali ni mama kena pegi keje...abah n anak² leh le enjoy. Apa pun at least kita pegi bersama..kan kan.. stop sini dulu..

Tuesday, May 16, 2006

selamat ari cikgu!

to all teachers out there, " hepi teacher's day!!! "
thanx 4 everythings! tanpa mu siapa lah aku..
arigatou gozaimasu!

kepada semua cikgu yg telah mengajar aku menjadi seseorg sepertiku pada hari ini..
terima kasih..
kepada mak yg telah mengajarku sejak aku dilahirkan.. tima kasih mak..
selamat hari guru makk!!
kepada semua² la.. tak tau nak sebut satu² tak terucap rasanya nak ucap timo kasih di sini...

tringat zaman skolah dulu...kalo sambut hari guru mesti ceberate kat skolah best.. tak payah blajaq..pi skolah p makan² bwk hadiah kat cikgu...enjoy! heheh.. semua tu kenangan masa zaman skolah.. best kan zaman skolah!!

masa skolah rendah pi skolah ade buat persembahan masa hari guru.. aku mesti join punya.. tak kira le pentomen ke..menyanyi ke.. belakon ke .. semua aku mesti join.. enjoy gile masa tu..

cikgu paling aku suka masa skolah rendah cikgu che mah.. dia la rajin mendidik aku utk jadik seorg pelukis.. hehe aku dulu minat drawing n painting.. (skrg pun minat..heheh) pantang ada pertandingan mewarna/melukis..mesti aku pegi punya.. cikgu la paling byk bg dorongan.. sorang lagi cikgu yg aku ingat.. miss chew teng teng.. cikgu musik aku..dia ngajo aku men drum.. peehh korang nak tau aku sejak darjah 2 dah join band skolah ..hehe..

bila masuk skolah menengah.. aku dah tak join band skolah / mewarna/ melukis.. ayah pesan soh blajor rerajin.. bukan lagi masa tuk main².. ye ke? haha aku ingat tu hobi aku je.. aku aktif gak bermusik n melukis ni..tp secara diam² je.. masa skolah menengah aku paling suka cikgu nor'ien.. best giler cikgu ni..sporting giler!!
cikgu commerce..tp aku commerce tak de le score pun..malas baca buku ahh..hehe..
sampai skrg kalo raya je aku ajak geng2 aku pi beraya umah dia.. dpt jumpa cikgu setiap ari raya pun ok la kan.. :)

tetiba tringat kat cikgu osman.. cikgu bm masa matrik dulu.. mana p aa cikgu osman?
dia sorang je panggil aku ngan nama belakang aku.. sampai aku tak perasan tu nama aku..sbb jarang org panggil nama belakang aku.. kecuali cikgu osman..
apa kabar cikgu sekarang agaknya? teringat masa kita kumpul ramai² kat umah aku..buat majlis sambutan raya..rindunya zaman skolah?..

dah buat degree aku tak de rapat ngan mana² lecturer.. tp..pada semua yg telah mendidik aku .. tima kasih.. jasa mu dikenang.. :D

ok..slamat ari guru..semua cikgu2 semua panjang umur, murah rezeki, sentiasa sihat dan diberkati allah selalu..

Tuesday, May 09, 2006

i'm back..


dah 2 bulan bercuti.. akhirnya aku kembali.. heheh
tak sempat nak taip byk..
untuk permulaan aku nak citer pasal baby..
tanggal 5 mac 2006, jam 11.13 am aku melahirkan seorang puteri yg beratnya 3.05kg.. berat sket dr kakak.. kakak dulu 3.02kg.
baby baru diberi nama Farrah Alyssa..
ari ni umur baby 66 hari.. aku dah masuk keje n baby bersama kakaknya dihantar ke nursery.. setiap pagi jam 7 aku hantar n jam 6ptg aku amik.. huh byk nak citer..tapi slow2 lah.. hehe stop sini dulu..nak tgk keje plak.. chow...

Monday, February 27, 2006

menanti lagi..

smlm cuti.. gi check lagi perut.. alhamdulillah..semua ok.. cuma tunggu je la masa baby ni nak kuaq... dia syok lagi dok dlm perut mamanya.. ade 2 ari lagi sebelum tarikh due.. sekiranya dah over due..kena buat daily deptone..check jantung baby.. ai suspen je bila agaknya nak kuaq baby ni..
farisya pulak smakin manja.. asyik nak soh dukung je.. biasa le demam² dia merap la mama dia.. pandai plak time demam cari mama.. kalo dak tak kisah pun..sket² abah..abah abah.. mama tu jrg sgt dia nak sebut.. tp bila time x sihat.. automatically, nama mama je disebutnya.. tp alhamdulillah..smlm dia dah sihat sket.. cuma kadangkala batuk.. tp dia dah pandai control, kalo time minum susu dia terbatuk, cepat² dia buang botol dr mulut.. so tak de le termuntah ke apa ke.. tp smlm termuntah atas mama dlm kereta... ai..berbau la tudung n baju aku masa gi klinik hehhehe..nak balik umah dulu tukar..lecey la plak.. nak kena iron baju len.. sib baik sket je dia muntah.. ala bau susu anak sket² tu.. halalkan aje le.. hehhehe..

ari ni mood nak buat keje pun dah kurang.. rasa cam malas je nak buat.. mata plak asyik nak terlelap je.. ngantuknya.. jom tido!

Thursday, February 23, 2006

got an sms from farisya's baby sitter!

alamak.. anakku demam panas le plak.. camne ni.. terus call hubby gitau kakak nursery sms farisya demam panas.. risonya... soh abg balik gi amik dia wak gi kinik.. ai.. awat la farisya nih asyik demam je 2 3 ari ni? kenapa ek? risonya hati nih.. nak balik..ptg nih ade meting plak.. lagi pun kengkawan tumpang reta. Sib baik abg bole balik... harap2 farisya ok..
nih gambo dia smlm masa dok asyik tgk dvd kegemarannya.. Barney! Kalo dia tgh nangis² pasang je dvd ni..sure bole senyum ketawa lagi sambil tepuk² tangan dan menari² sbb dpt tgk fav dinosour dia ni. Smlm saje je ikat rambut dia.. buat tocang hehehe.. tak penah ikat lagi.. tu 1st time ikat tu.. mula² dia tarik buang.. pastu masa tgh dia ralit tgk barney tu ikat skali lagi.. yea..berjaya ikat.. dia tak sedar pun.. hehehhe..

Wednesday, February 22, 2006

Q & A

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah
menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

Surah At-Taubah ayat 129

Tuesday, February 21, 2006

farisya aleya gi playground!

marin bwk farisya gi playground.. saje je nak try.. bukan main lagi dia seronok naik slide.. jenuh abah sakit pinggang dok control dia main. mama sibuk nak amik gambo.. tepaksa le pakai hp je dpt le snap 3 kpg. susah tul nak amik gambo dia.. dok x diam skrg. kamera abah lom siap lagi.. digicam pun tak de.. sib baik ade hp..leh gak amik gambo kenang²an isi dlm fpages. hehehe..

baby lam perut dok gerak tak benti². ntah bila nak kuar pun tak tahu le.. dia masih syok dok dlm perut mama agaknya. huh geli mama dibuatnya bila sidia bergerak dgn pantas.. abah asyik tanya boy or girl.. mama cam konfiden je farisya nak dpt adik girl.. sbb mama rasa masa alahan dulu serupa je mcm mama pregnant kat farisya dulu. tak tahu la.. berserah je kat ALLah.. anak apa pun mama suka.. boy or girl bukan persoalannya.. mama berdoa agar semuanya selamat.. itu je..

farisya masih batuk². sian la.. tgh² malam beberapa kali mesti dia terjaga sbb batuk. abah le kena bgn teman. mama kadang² je bangun.. kalo teruk sgt mama kesian, soh abah angkat farisya tido sekali ngan mama. then abah turun amik mucosolvan.. kasik farisya minum 1ml.. mengamuk dia tak nak minum ubat.. nak tido la..kaco la mama n abah ni... tp slagi tak minum mucosolvan, farisya akan batuk tak henti². langsung tak leh tido. sian anak mama ni..lepas tu mama sapu vicks sket kat dada, baru farisya leh tido dgn nyenyaknya sampai ke pagi.

nanti bila ade baby, farisya kena gi school ngan abah setiap ari. Mama dah tak leh teman dlm masa berpantang. maybe ari jumaat pun farisya kena pegi school. Mama x cukup tangan nak jaga. setiap ari jumaat, abah akan bwk farisya gi school kat tempat abah keje. arghh jauhnya anak mama pegi school nanti. mesti mama rindu kat farisya..

nama utk adik baru pun mama masih belum tetapkan lagi. abah soh mama pilihkan.. tp mama nak kali ni abah pula yg berikan nama. takpe la..nanti kita tgk la nama apa nak boh kat baby baru ni. yg penting mama n baby selamat..insyallah.. doa kat allah byk2.
kalo masa berpantang nanti ada laptop, bole la mama update lagi cerita kat blog ni.. sampai sini dulu ari ni..

Wednesday, February 15, 2006

besday hiro ... menghitung hari

ari ni genap hiro setahun.. * hepi besday to hiro *..

takde idea.. ari ni dah 15 feb.. aku dok menghitung ari je ni.. bila baby ni bakal dilahirkan? hanya Allah yg Esa je tahu... Ari² kengkawan opis tegur...aik mai lagi? la...dah belum masanya melahirkan...aku dtg je opis seperti biasa... tp suspen je ni.. kalo sakit kat opis camne? huhuhu mintak² la semuanya dimudahkan... doa dan tawakkal kat allah je la...

farisya baru baik demam.. 2 ari dia berjaga mlm.. sbb tak sihat..bdn panas je.. ari ni dah ok dah..semlm tido dgn nyenyaknya...tp aku masih dok mengantuk² lagi.. agaknya dah 2 ari tido tak berapa betul.. tp semalam ia ia aku tido awal.. mya zara pun tak sempat tgk..hehhee..ngantuknya.. jap gi ade kelas aqidah.. jgn telelap dlm kelas udahle.. okey setop sini dulu.

Wednesday, February 01, 2006

1427hijrah

dah masuk thn baru dah.. azam thn baru? mmm apa ek.. hehhe..thn lepas pun ada azam gak ke.. mcam mana azam thn lepas? terlaksana sudah? atau mcam tu jugak? berubahlah, berhijrahlah ke keadaan yg lebih baik... baca honeybiru.. azamnya nak jaga solat! wah bagus sungguh azam tu.. aku pun nak jaga solat.. lately aku mengantuk sgt.. slalu tetido dulu sebelum solat isyak.. lepas tu bgn ikut suka baru solat isyak. aiyaik..lepas ni nak solat isyak dulu...baru nak tido!!


(gambo sebelah-farisya tak potong kek..tapi dia tepuk kek tu..heheh)29hb ari tu tercapailah hasrat ku nak buat kenduri makan² sket tuk farisya aleya sambut besday yg pertama. Walaupun dia kurang sihat, tp syukurlah..dia tetap ceria meraikan tetamu.. sampai tak lena pun waktu siang tu.. punya la nak rai tetamu yg dtg tak benti². Maktok masak bihun goreng, pulut n kuah durian. Maklang (akak ipar aku) masak kari ayam n maktok juma masak roti jala n kuih cara berlauk, kuih lompang. Aku masak air gula jek..ahaks.. Majlis bermula jam 3.30ptg.. masa mula² tak ramai yg dtg, tirah n kengkawan dan jiran² je. Lepas tu yah, adli, farah, naz, kakimah, hijan dtg berturut². Penuh rumah. Tok n Tokwan SP pun sampai masa yg sama gak..riuh rendah...meriah sgt. Tak terlayan mama n abah. Lepas tu adik² ipar kak oh plak dtg, kak azzah pun datg gak ngan sumaiyah. Lutfi & wife n kak ina sefamili dtg petang sket.

Farisya byk dpt hadiah, acara bukak adiah buat sebelah malam.. Tak byk amik gambo sbb abah n mama sibuk betul melayan tetamu. Terima kasih pada semua yg sudi dtg dan bawak hadiah tuk farisya. Domo arigato gozaimasu!

Wednesday, January 25, 2006

Farisya Aleya dah setahun!!

hari ni tepat jam 2.25 pagi, genaplah umur farisya aleya setahun. Macam baru je melahirkan dia.. tup tup dah setahun dah.. syukur alhamdulillah. MOga² farisya aleya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberkati Allah selalu, disayangi semua, menjadi seorang anak yg solehah dan bertanggungjawab.. itulah doa mama n abah buat anakanda tercinta. Muahsss muahss muahhsss cayang farisya aleya.
(Farisya Aleya masa umor 2 ari.. hehe )
(Farisya Aleya posing atas katil kat sp)
(Farisya Aleya senyum nakal -masa kat aiport KBatas)
(Farisya Aleya baru baik demam 'c' tapi mampu senyum tuk mama)
(Satu lagi aksi senyum)
(Seronoknya Farisya Aleya!)
(hepi famili!!)
Semalam mama n abah belikan kek pooh tuk farisya celebrate kat nursery. Minta kakak kat nursery tolong buat party kat nursery. Mama n abah keje ari ni.. TUnggu 29 Jan nanti baru kita buat kenduri lain.
(Kek Pooh utk Farisya Aleya)

Tuesday, January 17, 2006

destinasiku..

a ha.. dah lama plan nak gi langkawi ni.. Mmm probably.. tentatif date 27,28 ni.. hopefully menjadilah.. aik kenapa ngan keyboard ni.. pagi td si cilver mengadu keyboard di opis barunya tak best..keras..kalu guna jari kelingking keyboard dia wat dek je.. ni menjangkit kat keyboard aku plak ke.. kenapa aku tekan huruf 'M' asyik x kuaq je..jenuh tekan kuat² baru nak kuaq huruf 'M' tu..

tp cik abg tak kata apa² lagi pasal langkawi ni.. hmm balik nih nak kena confirmkan bebetui... tp semuanya bergantung pd my condition gak no.. heheh mengkalu keadaan aku mengizinkan..maka insyallah destinasi yg dah lama plan ni menjadi.. kalo keadaan aku kurang mengizinkan..maka baiklah aku post poned kan niat ku ini...

oh ye..bergantung pada keadaan cuaca jugak lah..takot plak kalo ujan² nak naik feri..laut begelombang oo.. ari tu dah penah kena.. cam naik roller coster je.. (walhal..tak penah naik pun menatang tu...agak² lah kalo naik roller coster keadaannya sama seperti naik feri dilautan yg bergelombang dan berombak kuat gilerss)

the next event yg dok main dlm paler hotak aku skerg ni ialah.. preparation for farisya aleya's besday party.. actually..nak buat kenuri makan² sket.. buat doa selamat lah gitu.. insyallah nak buat 29 jan ni.. kebetulan abg dd n famili pun balik raya cina..so meriah la sket..ramai org balik..

smlm gi belikan farisya aleya 2 buah buku.. seronok bukan main cik kak tu dpt buku baru.. x sabar plak nak gi amik dia kat nursery ptg nih.. balik nanti sure mengadap buku baru dia tu.. hehhee..syok kan ada anak :)

Wednesday, January 04, 2006

are u ok?? yeah yeah i'm fine... don't worry..

ehem.. today.. a new day begin.. ya la.. everyday macam ni gak.. but hopefully.. today the whole new of me change.. :) alhamdulillah..semuanya hapen gaks last nite. Yes we met! Met the person that i wonder who she was.. all the few days ago.. LEGAaaa.. tu yg hubby luahkan lepas balik dr pertemuan tu. And me? i feel so so grateful. Thanks to Allah, thanks to my hubby.. who choose me as his wife! :) i love my hubby so so so MUCH! hehehehe sori ek jiwang sket ar..

key ar.. nak kuaq makan plak.. ade jemputan dr cilver.. arah tujuan..juta² restaurant! let's isi perut dulu.

Tuesday, January 03, 2006

akhirnya.. i made a decision!

harapnya...aku buat keputusan yg betul.. tah la..susah tul nak wat keputusan.. lagi aku tak wat kata putus nih..lagi tu dok pikir pasal hal ni.. mm lebih baik aku putuskan utk jumpa... ye ke? insyallah.. harap2 apa yg aku buat ni .. adalah jalan yg terbaik... utk aku.. utk dia.. utk semua?

thanks a lot to my fren lisa... who gaves the opinion..
so... just wait and see what will hapen next??
slagi tak jumpa.. slagi tu dok wonder..what if ? what if? bermain2 dlm paler hotak ni kan...?

k... think +ve.. starting from now on.. i must trust him.. sapa lagi yg mesti kita trust melainkan suami kita rite?

stop here! to be continued....

Wednesday, December 28, 2005

sakitnye tekakku..

re ni masuk ari ke 3 aku kena batuk² n sakit tekak ya amat.. sakit abih belakang, dada, perut setiap kali aku membatukkan diri aku.. (alhamdulillah..allah tgh nak ampunkan dosa² kecil ku ini.. syukurlah..) 4 ari lepas aku terjiwa kacau sedikit.. bukan pe.. ade sesuatu berlaku dlm idup aku yg aku tak sangka.. tp memang dijangka dan telah pun berlaku.. huhuh sedih la kejap.. tp bila dipikir²kan.. hmm tak mengapalah.. semuanya dibincang dengan elok dan baik.. dan berterus terang..maka aku tak de la rasa apa apa lagi ( eh ye ke? ) takpe la.. harap semuanya tak mengganggu hidup aku lagi... hidup ini mesti berterus terangkan kan..kan.. mm time² macam ni.. baru aku rasa hidup aku nih tak berapa selamat? ye ke? hehe entah lah.. apa² aku berdoa kepada Allah semoga hidup aku selamat..dunia dan akhirat.. amin amin ya rabbal alamin..

oh ye..baru² ni Farisya Aleya sambut besday dia yg ke sebelas bulan..hehe anak mama dah 11bulan daaa...huhuhu cepatnya anak mama membesar..abah belikan carseat baru tuk anak mama ni.. lepas ni senang la kalo mama n farisya nak kemana² kalo tak de org len nak temankan.. kami berongeng berdua aje...yeee haaaa.... tq to abah.. sret sret kad abah.. hehehheh..


Farisya in her new car seat.. he he siap posing sambil minum susu tu...

Thursday, November 24, 2005

mabuk ketupat?


ari nih ade jamuan raya peringkat U.. dlm byk² juadah..ketupat jugak tak sempat ku makan.. huhuhu..

** gambo ihsan dari dayang

Hari Istimewa...

Selamat Hari Lahir buat yang tercinta..
Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki serta dilimpahkan rahmat dariNya..
Amin, amin ya rabbal 'alamin...

Wednesday, November 23, 2005

puteri Marwa



sejak ramadhan hingga ke syawal, kelahirannya ditunggu². 17 Syawal akhirnya penantian berakhir, kelahirannya membawa seribu kegembiraan buat Kak Oh n famili. Marwa nama diberi. Abuya kata kalau lelaki boh nama Marwan, tp yg diharapkan Kak Oh...lahirlah si puteri lalu dinamakan Marwa. Bukan Mawar tau.. ehehhe.. Syukurlah..semuanya selamat. Impian dpt anak perempuan pun dah tercapai... comel sungguh si Marwa ni.. lepas ni bole sekolah sama tahun ngan Farisya Aleya.. Yea..cucu maktok n tokwan dah 4 org perempuan.. Tak lama lagi bole lawan ngan hero² semua. Musa, Muaz, Muiz, Mus'ab sibuk nak uruskan adik baru mereka. Farisya Aleya buat tak tau je.. Nanti bulan 2 atau 3 Farisya Aleya plak akan tercengang² bila ade insan baru yg bakal lahir di dunia ini...insyallah.. Sama² kita doa ye...

Thursday, November 10, 2005

Raya Raya...

ari nih dah 8 syawal.. Selamat ari raya semua...(sempat lagi..heheh) aku baru nak update blog..bz la katakan..ahaks..sampai kak lela ingat aku sibuk nak beraya he he..padahal tak de pun..aku tak menyempat update blog sbb sibuk ngan keje.. bulan lepas hubby outstation aku pun sama gak kena outstation..sian farisya kejap kena tinggal ngan abah...kejap mama plak yg tinggal dia.. nih minggu depan farisya kena tinggal lagi..mama kena pegi bengkel lak kat penang.. sib baik 3 ari je.. sib baik mak anis dah cuti...leh le manja2 ngan mak anis.. oh ye..raya thn ni bestla..sbb thn ni beraya ngan anak..heheheh.. farisya ade baju kurung 2 pasang... kalu dia bole jalan lagi comey bila pakai baju kurung.. thn ni aku pilih dark purple sbg tema color baju raya.. puas cari baju tuk hubby sib baik dpt jugak yg berkenan..tuk farisya plak sempat shoping kat sogo masa gi outstation KL seminggu seblum raya.. fuuh memang best tul, tp gambo raya tak de la pulak nak upload kat sini..nanti la masuk fotopages. Byk lagi rumah sedara mara n rakan taulan yg belum pegi.. insyallah ade masa nanti akan pegi jua.. farisya kalau dpt sampul raya semua dia masuk mulut.. tgh gatal gusi la tu.. sebatang gigi pun tak tumbuh lagi..dah 9 bulan dah anak mama ni.. kejap betul masa berlalu.. hehehe..

oh ye ari nih ari ke 2 masuk keje lepas raya.. bukak honeybiru...kui kui kui..tak sangka plak ade petikan blog aku dlm tu..muakakkakak... lawak². Tapi memang nak ckp kat sini la..honeybiru memang best! tak tau nak komen macam mana lagi... suka baca honeybiru... :) teruskan menulis Saira Hani Musa... Bila baca honeybiru, macam2 perasaan timbul: rasa insaf, rasa pilu, rasa bersemangat! rasa sedih, rasa hepi, rasa ish macam2 ada.. hehehe...semua org masing² punya pendapat tentang honeybiru kan.. Dan aku.. akan tetap membaca honeybiru seperti dulu² apabila ada kesempatan mesti aku baca punya ;)

dah dah.. aku nak kena buat keje nih.. dah kui 10 dah... huh buat keje plak...ngelat je aku nih..muakakkakak...