Wednesday, April 06, 2005

My Boss & ME

When I take a long time.
I am slow.
When my boss takes long time
He is thorough.
When I don't do it
I am lazy.
When my boss doesn't do it
He is too busy.
When I do something without being told
I am trying to be smart.
When my boss does the same
That is initiative.
When I please my boss
I am apple - polishing
When my boss please his boss
He's co-operating.
When I do well, my boss never remembers
When I do wrong, he never forgets
jap gi nak kena gi meting ni.. wakil boss sbb dia kena gi meting lain.
Sabtu pun sama kena wakil boss gak... ish.. byk tul meting... keje keje keje bila la nak siap ni??

Tuesday, April 05, 2005

puding triffle, ice cream, float strawberry....

2 ari lepas Oh dtg rumah bgtau 'berita gumbira'.. Mak anis dah balik so dia merap nak mkn puding triffle. So kemarin bawak Farisya Aleya gi shopping kat TSB pumpong beli barang² nak wat triffle.. Nyummmi nyummi.. Mak anis beli ice cream lagi.. n air strawberry. Si Musa, Muaz, n Muiz bila dtg je dijamu float strawbery oleh mak anis.. hepi giler bole makan ice cream! Arrr tensen²!! Bile leh mkn ice cream n air sejuk ni?? Nak jaga badan punya pasal..tunggu Farisya Aleya genap setahun laaaa...

Sunday, April 03, 2005

layan lagu jiwang peter pan

hhahaa aku pun nak letak lirik lagu peter pan kat sini.. buat tatapan dayang.. muakakak

Artis : Peter Pan
Lagu : Mungkin Nanti

Saatnya ku berkata
Mungkin yang terakhir kalinya
Sudahlah lepaskan semua
Ku yakin inilah waktunya
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi

Mungkin saja rasa itu telah pergi

Korus:
Dan mungkin bila nanti
Kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan
Kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin
Saat semua di sini

Dan bila hatimu termenung
Bangun dari mimpi-mimpimu
Membuka hatimu yang dulu
Cerita saat bersamaku

Ulang Korus

Tak usah kau tanyakan lagi
simpan saja untukmu sendiri
semua sayang kau cari
semua rasa yang kau beri

aku minat lagu je.. liriknye ditujukan khas buat dayang


ahad

waa.. ari ni ahad.. mengantuknye..smlm cuti..terasa nak cuti lagi ari nih..smlm selesema cikgu.. ari nih sib baik ok..cuma tekak je pedih² sket.. hmm pepagi bangun cium farisya aleya.. muahhss.. comeynye anak mama ni.. ari nih pegi school ye.. 2 ari cuti..lepak ngan mama. Kemarin abah bawak jenjalan.. tak sabo tul tunggu anak mama ni besar..boley gi jenjalan jauh². Skrg kecik lagi...sian plak nak bwk jenjalan jejauh.... Ari nih ade kenduri kat kpg.. Pagi tadi abah anto gi school awal..so ptg nih abah amik awal la.. Karang mama balik anak mama dah ade kat rumah la..

Mak anis dah balik smlm.. boleyla farisya aleya merap mak anis plak..

Aii..Buringnye .. bila nak start wat keje nih.. rehat kejap..dah setle satu keje tadik... kang ptg nak ke H*A ade discussion. Esok meting plak.. adeh.. busannye..okeh.. kena semangat sket.. Bangun² buat kerja!!

Wednesday, March 30, 2005

jomm pizzaaaa

kemarin besday ana.. hida ajak aku banje ana makan pizza..so lunch hour kami p..kenyang alhamdulillah..
kemarin jugak besday mak.. ptg call Oh tanya nak mkn apa mlm ni.. OH kata apa lagi..Jom Pizzza... amboih siang mlm aku makan pizza.. so aku call pizza order delivery punya.. kenyang anak2 sedara ku yg memang peminat pizza... Masa kat J*t*a, aku call yah tanya nak pesan ape2 ke..pizza yg ade sosej ke..ahaks.. yah kata tak mo .. nak bun ikan bilis je... hi..isu halal haram x abih lagi.. Ari ni baca blog kak lela.. lawak2..syok betui baca blog kak lela kan kan kan...

Monday, March 28, 2005

keluarga bahgia...


gambo terkini...ahaks...

esok besday mak.. nak beli apa yerk?

Sunday, June 06, 2004

Kenduri oh kenduri

6 6 2004.. banyak betui ha kenduri kawen..ramai kengkawan pilih tarikh ni untuk diadakan majlis perkahwinan diorg semua.. aku tak ketinggalan untuk menghadiri 5 daripada 9 majlis perkahwinan kengkawan. Punya la banyaknye..yg mana sempat je aku pegi.. Sbb yang lain² tu memang bukan tak nak pegi..tapi disebabkan keadaan dan masa serta tempat yg agak jauh untuk ku sampai...
Bagaimanapun aku mendoakan kebahagian buat kengkawan yg telah pun berumahtangga pada tarikh tersebut..
Ade 2 sahabat baik aku mengadakan majlis kenduri..iaitu Rozy binti Salleh (anak polis ni...)kawan semenjak darjah 1 ni.. dan kawan masa kat U dulu..Anisah binti Hassan (adik polis woo). Kebetulan plak kedua²nya berkait ngan polis..hehhe..
Member aku si Rozy ni menikah ngan TUDM, kawen lalu bawah pedang lagi.. aku tak sempat plak menyaksikan pengantin ni lalu bawah pedang sbb aku pegi kenduri kat tempat lain dulu..
Ni letak gambo anisah kat sini... lawo pengantin ni..gambo ihsan dari no-G~ hehe..


lepas je gi kenduri anisah ngan rozy...aku balik umah aje terus fenin² lalat.....banyak sangat makan lauk kenduri..ekekekke

Wednesday, June 02, 2004

Second day hubby keje opis baru

Ari nih dah masuk hari ke 2 hubby keje kat opis baru..
Smlm dia balik ckp uniform tak dpt lagi..so pg tadi pakai baju biasa lagi pegi keje.. segan dia kata sbb dia sorang je pakai baju biasa..yg lain semua beruniform..smlm dia kata hr manager tak ade..so ari nih baru jumpa hr manager.. hari ni baru dpt uniform agaknya..katanya lagi smlm pegi makan pun kena naik kereta..sbb tempat makan boleh tahan jauh la dari opis..kalau nak jalan kaki terpaksa berpanas terik..masuk keje pukul 7.45 pagi..balik keje pukul 5 tapi semua org balik pukul 6 so smlm dia pun balik pukul 6 lebih.. sampai rumah dah dekat 6.45ptg.. Dia kata seronok gak masuk opis baru..byk benda dia kena belajar.. excited nak bawak balik pc ke umah aku.. tgh nak explore catia5.. tak lama lagi teror la dia guna catia5 tu..

aku plak kalut je pagi tadik...aku teringat nak bawak semua bakul² hantaran yg aku ade utk no-g.. lupa plak aku janji nak soh dia dtg je ari jumaat..tah apa apa la aku ni..eheks.. so pagi tadik G dah dtg jumpa aku..amik bakul² tu semua..seronok dia.. tq G siap bawak kuah durian utk aku.. hehe..kena cari roti makan ngan kuah ni.. yummii...


nih hah tgh kalut² opismate candid plak gambo aku tgh sibuk bekerja depan pc..itu la opis aku..tempat aku semak gile...heheh..

Sunday, May 30, 2004

Ucapan hari lahir dari emak&ayah


Anakanda yang dikasihi,
Emak dan Ayah mengucapkan selamat menyambut hari lahir yang ke ..
moga dirahmati Allah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia untuk terus beribadat kepada Allah dan berjasa kepada suami, ibubapa dan keluarga tercinta. Pesanan emak ayah agar anak kesayangan emak ayah ini sentiasa menghiasi diri dengan sifat² akhlak terpuji:-
-Taubah iaitu meninggalkan segala perbuatan tercela
-Zuhud iaitu bersih atau suci hati dari berkehendakkan lebih dari keperluannya serta tidak bergantung kepada makhluk lain
-Khauf iaitu takutkan Allah, takut kepada kemurkaanNya dengan memelihara diri melakukan perkara² yang ditegah
-Sabar iaitu tabah/cekal menghadapi sesuatu ujian yang mendukacitakan
-Syukur iaitu menyedari semua nikmat yang diperolehi, baik dari yang lahir mahupun yang batin semuanya dari Allah
-Ikhlas iaitu mengerjakan amal ibadat dengan penuh ketaatan, semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, bukan kerana tujuan yang lain.
-Tawakkal iaitu berserah diri kepada Allah dalam melakukan sesuatu rancangan
-Muhabbah iaitu kasihkan Allah , sentiasa cenderung untuk berkhidmat dan beribadat kepadaNya
-Redha dengan Qada' dan Qadar iaitu merasa lapang menerima ketentuan Allah sama ada yang berupa nikmat atau musibah
dan akhir sekali..
sentiasa ingat kepada zikratul maut (kematian)
Elakkan diri dari sifat²
-Gemar kepada makan/ minum terlalu banyak
-Gemar kepada bercakap yang sia-sia, tidak berfaedah kepada dunia dan akhirat
-Pemarah dan cepat melenting walaupun perkara² / kesilapan yang kecil
-Hasad /dengki akan nikmat yang ada pada orang lain
-Bakhil/kedekut dan merasa sayang untuk membelanjakan hartanya ke jalan Allah
-Cintakan kepada kemegahan dunia
-Cintakan dunia secara keterlaluan menyebabkan lalai dari beribadat / berzikir kepada Allah
-Sombong/ bongkak serta merasai dirinya mempunyai kelebihan dan kedudukan yang tinggi
-Ria' iaitu menunjuk² dengan amal ibadatnya, beramal untuk mendapat pujian, sanjungan atau dipandang mulia oleh manusia bukan kerana Allah
Harapan emak dan ayah semoga anakanda terus berjaya dalam segala lapangan dan sihat selalu. Terima kasih atas segala bantuan dan kasih sayangmu. Maaf dari emak dan ayah....

Saturday, May 29, 2004

Erti Kebahagian

bahagia? apa maksud bahagia ek? jap carik dlm kamus dewan..ala kamus dewan tak de plak.. ade kamus dwibahasa OXFORD Fajar je.. inggeris - melayu melayu - inggeris. Bahagia dlm inggeris kat sini dia tulis blissful.

Semalam 28 Mei 2004..
hari terakhir hubbyku berkhidmat di opis lamanya..kawan² department dia menganjurkan satu majlis perpisahan. aku, anis, diyana join skali dinner yg diadakan di club house laguna merbok.
Tempat tu nampak mewah.. dlm pukul 8 kami bertolak.. sesampai je di sana dlm 20 lebih org dah tiba..dlm pukul 9 majlis start. Ramai gak kawan² dia..dlm 50 org kot. Mula² mc membuka majlis kemudian menjemput hubbyku utk beri sepatah dua kata. Selesai je hubby bagi ucapan..majlis diteruskan dgn bacaan doa dan acara makan² bermula.
Heheh mkn mkn jgn tak makan.. dah selesai mkn.. aku tgk semua org sibuk borak², hubby aku tak abih² bergambar ngan semua kawan² dia.. skali skala dia mai lepak ngan aku... tapi aku bagi can la kat dia nak borak ngan kengkawan dia.. so aku sib baik ade anis ngan diyana..kami apa lagi keje makan je la..heheh.. dah letih makan ( nyamuk byk..asyik kena gigit je ) aku minum plak.. tah brape gelas air oren aku minum pun tak tau la.. Waiter pun sure boring asyik kena boh air kat gelas aku..heheh..Tetiba mc wat annoucement lagi.. dia mintak kawan² semua join dia rapat kat depan.. semua membelakangi meja yg aku ngan hubby dok tu la.. aku dok meneka² apa benda le diorg nih nak buat.. aku agak sure nak nyanyi lagu farewell kat hubby aku ni.. ke diorg nak main game apa ke.. nak pekena laki aku ke .. mana la nak tau kan.. tetiba je diorg semua bilang satu dua tiga..

Hepi besday to u..hepi besday to u...hepi besday to ..(nama aku)..

alamak...
malunya aku.. aku pandang hubby aku cubit pehe dia.. ish. malunye..
pada mulanya diorg nyanyi tak pandang aku.. pas tu slow² diaorg pusing dan muncul besday kek tertulis istimewa buat isteri tersayang.

(sure merah padam muka aku...) tah la aku tak tau mcm mana prasaan aku masa tu.. air mata aku bergenang je..(sib baik tak jatuh..) malu weh.. aku tak penah celebrate besday mcm tu... surprise gile!
lip lap lip lap cahaya flash dari kamera tah sapa². Aku tersipu², senyum ke menyengih ke tah la aku tak tau mcm mana expression muka aku masa tu.. Allah je tahu prasaan aku waktu tu..

abih je diorg nyanyi lagu.. hubby aku tetiba je kluarkan bunga.. bunga ros biru sedozen!!.. cantikkk sangat.. aku terasa terharu sangat.. dlm hati.. "i love u 1000x" tapi kat bibir aku ucap thank you 3x.

Ingatkan dah abis kejutan dia.. tetiba.. dia kluarkan sesuatu dari poket seluar.. apa ni..kotak kecil tertulis kedai emas yg memang aku kenal la kedai emas tu.. seingat aku aku beli brg kemas utk perkahwinan aku di kedai tersebut.. Semua kawan² dia kata "waahhhhhhhhhh"

aku terima hadiah istimewa tu dan cium tangan hubby aku... isk isk..malu wey.. terharu.. thank u abang!!thank u thank u thank u..
pas tu aku amik pisau potong kek dan bagi pada semua kawan² dia..

aku tak brani langsung nak pandang ke depan..asyik tunduk je.. malu gileerrr... hahahha apa la aku ni..

apa² pun aku nak ucapkan terima kasih pada semua yg sama² meraikan hari bahagia aku ..
terima kasih tak terhingga pada hubbyku... cayang abang!
terima kasih kak fiza.. terima kasih adik²ku.. terima kasih kawan²
terima kasih semua...

terima kasih mak & ayah - doakan anak mak ayah bahagia ye..
terima kasih anis- tak buka lagi pun adiah ..
terima kasih oh- hadiah oh adik dah pakai dah..
terima kasih ija, muhd, qiestina, sajiid..
terima kasih abg didy...
terima kasih yah- lawa tudung tu nanti aku pakai..
terima kasih shay - purse tu lawa gile..nanti saya pakai...
(susah payah shay buat pos laju)
tak lupa juga terima kasih semua yg menghantar sms..shay, hidayati, kak ina
terima kasih nadahahs - buat miss call je..tapi tandanya awak ingat la kan..tq tq tq

inilah sambutan hari lahir yang penuh keistimewaan buat diriku..
aku sungguh bahagia!! benar kata hidayati.. aku sungguh bertuah..

panjang lebar kad ucapan hari lahir dari mak & ayah..
lupa aku nak bawa...esok aku akan tulis semula apa yg mak ayah ucapkan pada ku.. aku nak kongsi dgn semua org...

semoga aku berbahagia selama-lamanya..amin...

Thursday, May 27, 2004

muhamad fareez wajdi

smlm genap 21 hari si fareez adik afif. rambut dia yg lembut dan byk tu dah pun selamat dicukur. dah botak dah budak ni.. masa mak yah cukur rambut dia diam je.. tak nangis pun.. teringat masa afif dulu..mak aihh menangis kuat sangat. Lepas mandi kak inah pakaikan baju yg aku & hubby bagi hadiah.. cutenye..baju putih ade gambo dan tulisan love. sarung tangan pun ade juge..comelnya..cuma gambo tak cuci lagi.. kalau tak aku leh scan masuk sini.. maklumla aku tak de digital kamera terpaksa la cuci dulu baru scan. teringat plak pasal cuci gambo..ade ke si muiz amik sabun mandi soh aku cuci gambo..ape dia ingat cuci guna sabun apa..ekekkeke..kalau nadahahs tu lain le.. dia ade digital kamera kot.. dia dah letak gambo si ayuni masa besar...ee jelesnya..nak letak gambo fareez gak. Alamak..baru aku perasan, aku dah ade 2 anak sedara yg nama fareez. so aku kena panggil yg baru nih wajdi je la.. yg fareez sorang lagi anak abg ipar aku.. tapi tak sure ejaan namanya sama ke tak..

ari nih half day..eh eh baru terperasan..ari nih 27 mei la..ya allah bole lupa plak..hehhe.. esok besday aku..muakakka.. ee tak sangka ye cepat betul masa berlalu..

ya Allah ya Tuhanku panjangkan la umur aku
murahkan lah rezeki hambaMu ini
sesungguhhnya Engkau yang Maha Pengasih lagi Mengasihani..
Amin..


smlm besday Mus'ab.. genap setahun dah.. aku tak beli apa² pun lagi utk Mus'ab.. kak oh ade buat kenduri sket ..tumpang kenduri si wajdi.. Mus'ab pun belum bole jalan lagi.. bila tah nak berjalan?

ari nih besday Nik (Otomen @ nemoto) dan Ijah.. Slamat hari lahir!

esok aku plak? hehe ..tgh dok meneka² ni apa la hubby aku nak bagi esok?

Esok ade dinner, farewell dinner.. hubby aku dah resign.. so kengkawan dia buat dinner esok mlm.. (besday aku plak tu..) insyallah buat kat laguna merbok. Aku bawak anis. hmm ptg ni nak kena berkemas nak balik sp.. hehe dah kui 10.10 am.. aku malas tul nak keje ari nih...

Tuesday, May 25, 2004

demam panas

ari nih hubby demam panas.. pagi tadi panas sgt. aku ajak gi klinik dia kata tak pe nanti dia pegi.. aku turun bawah masak moi pastu basuh jersey hijau kuning dia.. dia kata nak tgk bola mlm nanti.. tetiba jek demam..tak tau la leh tgk bola ke tak? tapi pasal bola ni mesti demam baik nye.. heheh..baru kejap tadik aku call dia.. dia kata kat klinik.. kak oh yg antar.. tgh tunggu kak oh amik plak.. siannya kalau aku ade leh aku tolong bwk dia pegi.. slalu kalau aku demam dia la yg bawak aku gi klinik.. ish..cuti pun tak pe tadi...aiyaik.. aku dah apply cuti utk esok..kebetulan esok ade kenduri baby baru cukur rambut.. aku ingat apply je la..nak jaga hubby mana tau demam tak baik ke.. tgk la..kalau ok aku dtg je keje..

ari nih no-g datang opis.. bwk kawan² dia..pc kawan dia rosak..sian sib baik byk pakar kat sini..hehe...

ari nih aku nak gi mkn ngan shadan sbb dah janji...tapi nak ajak sapa lagi ye..dah ajak nurul tapi dia kata dah ade temujanji ngan pakwe dia plak...so tak pe la..aku try call kak keyra..tak angkat plak..mana la kak keyra ni..cuti ke apa?

Sunday, May 23, 2004

pulangkan ~ PHSM

hehe ari nih aku dpt lagu pulangkan nyanyian misha omar lagu tema citer pontianak harum sundal malam.. aku dah tgk movie ni...hmm best gak .. pada sesiapa yg belum tgk p la tgk..kira antu dia jadi la.. aku suka lagu dia je..hehehhe...
berulang² lagu ni aku mainkan. Sesapa yg belum ade lagu nih yang teringin nak download lagu ni boleh la klikkat sini. Selamat mendengar lagu~~~~

Thursday, May 20, 2004

senam aerobik

satu..dua..tiga..empat........lapan lagi..
ari nih cik yah yg jadik instructor. Sepatutnya instructor ari nih org lain....alih² cik yah yg terpaksa jadik bidan terjun..sib baik cik yah berpengalaman. Hehheehhee..berpeluh² gak la pagi ni.. Cadangan bigg boss utk semua staf bersenam setiap pagi khamis memang bagus utk kesihatan pekerja.. walaupun hanya ambil masa lebih kurang 30 minit tapi kesannya cukup positif. Hanya org yg join senaman ini je yg tahu kesannya. Aku? hmm puas ati la drpd keje ngadap pc tetiap ari.. patut bersenam gak skali skala..bila lagi nak senam..nak arap pegi wat senaman sendrik...mana ade masa..kehkehekeh..
korang semua bersenam dak? aku skrg nih lagi la concern bab² jaga kesihatan ni.. sbb berat badan aku dah naik..aiyaik... takutnya.. ari tu anis balik dia kata..apa nih kak dah gemuk.. ee ngeri dgq pekataan gemuk.. tapi hubby kata aku tak de le gemuk.. ye ke? emm apa² pun aku kena berhati² jugak.. tak nak la gemukkkkkk!!! takutt!! hehehhe... ade senaman menguruskan badan tak? hahhahaha

Monday, May 17, 2004

muhamad afif jazimin

smlm balik keje aku tgk mak dah siap lawa dah.. aku pun tanya mak nak ke mana ni? mak kata nak ajak aku gi tgk cucu²nya tu la.. mm aku pun tak jadik nak lepak trus angkat tudung saji..tgk lauk dah ade lom utk mlm nanti.. aku tanya mak lg.. hubby aku tau dak kata nak gi? mak kata belum bgtau.. aku trus naik atas.. alih² tgk dia baring.. penin katanya.. la demam plak ka.. aku trus rasa kat dahi..mm panas tapi bdn dia dah berpeluh². Nak gi klinik ke.. aku turun bwh amik panadol & air bwk naik ats.. bagi dia telan dulu then ajak gi klinik.. mak pun ikut sama. Sampai klinik dr tak de plak..balik solat asar.. so aku jln² kat kedai seblh sementara tunggu dr dtg.
Dr bagi hubby aku mc 2 hari..wah bole la hubby aku berehat sakan kat umah.. kami trus ke umah kak inah lepas tu. Si Fareed Wajdi ade le kat lam bilik..afif je tak de..ikut maktoknye anto maknjang kat shahab. Aku dari awal berkira² nak wak balik afif ke umah. Nak try ajak dia ikut balik mana tau dia mau tido kalau dia tak nak aku anto le balik..
Dari kecik si afif ni manja betul ngan ayah ibu dia.. bila skrg dpt adik dia cam nak menumpang kasih kat org lain.. sbb ibu dia asyik ngan baby je ayah plak dah balik kl. Bila aku ajak je terus dia nak ikut. Sian afif..
Kui 9 aku call Yah..dah janji ngan dia nak gi mkn pizza.. aku cuba tidokan afif..hmm takkan tidonye budak nih.. dia memang jenih tido lambat. So aku wat keputusan nak bwk dia skali.. Sib baik hakem pandai amik ati dia.. kiterorg gi pacific dan mkn kat stadium.
Sblom tido hubby aku bg dia main control car.. dia minat betul kereta.. mostly mainan yg ayah dia beli semuanya kereta.
tepat jam 11.30 dia tido... aku pun dah letih.. nak tido jugak.. tetiba aku terdengar dia menangis la..budak nih tido tak jerap rupanya.. aku buatkan susu pastu buaikan dia smula.. tapi dia tak tido² sampai kui 2 lebih baru dia terlelap.. Mana tak nye ayah aku tgk badminton slagi tv On si afif ni tak kan tidonye.. tah pukul brapa tah dia terjaga dan menangis². aku tepuk2 sib baik dia tido balik...so aku pun tidooo...sampai sedar² kui 6.30 dah..
terus siap pegi keje....

Thursday, May 13, 2004

gotong royong 5s

ari nih ade gorong royong 5s..Seiri (sisih), Seiso(suci),Seiketsu (seragamkan), Seiton(susun), Shitsuke (sentiasa Amal). Aku kena 5s kat bilik psm dan ppsm. hmm dah siap dah.. lega..mkn pun udah.. mkn free lagi..eheheehe...

tapi..ari nih aku tak brapa sedap ati..
aku tak leh citer kat sini kenapa ati aku tak sedap..
tah la aku tak pandai nak meluahkan segalanya kat sini..
hmm hanya allah je yg tahu ati aku...

tepat jam 1.16 pm aku terima satu sms...
terus air mata ku mengalir lagi..tapi sket je kang org nampak plak..
arghhh sensitip sungguh aku ni..
itu la yg mampu aku cerita kat sini...
yg lain² biar aku sorang je paham..
maafkan aku tak dpt cerita semuanya kat sini..
ya allah tolong la hambaMu ini..

Tuesday, May 11, 2004

makan jambu..

pagi nih aku try masukkan link² yg patut sbb aku baru tuko template. smlm tak sempat buat.. mana taknya..asyik dok main tuko baju barbie jek..ekeke sebenarnya aku blajo create avatar dlm ym beta tu..si dayah yg mengajor aku..ekeekkeke..macam main patung barbie plak..tuko baju tuko aksesoris, tukor warna kulit, rambut dsbnya..heheh.. ni aku tgh betulkan blog sambil mkn jambu..nyum nyum..tringat hubby la plak..ari nih dia tak balik...uwaaa..
smlm abg didy ckp sabtu nih maybe kena jaga afif sbb mak kak inah nak ke langkawi...alamak..aku ngan hubby baru je plan nak ke sana jugak..nampaknya kena kansel la plan aku.. hmm takpela..aku pegi lain kali la .. KL pun tak jadik pegi..mak aku ade mesorat plak on 15. So minggu ni cutik di umah aje la.. harap² dpt la buat mende berfaedah..
key..back to work..

Thursday, May 06, 2004

new nephew!!

hehe ari nih dpt anak sedara baru! waahhh best! Tahniah la kat abg dd ngan kak inah.. tadik masa abg dd call tanya la dpt anak apa...dia kata dpt anak besaa aaa...heheh aku paham la maksud dia.. bertambah2 ramai la cucu lelaki mak aku...cucu pompuan sorang aje..

emm baru dpt sms dr anis, dia kata baby abg dd muka cam kak inah, putih, kening tak de...tak macam afif... besar plak tu..3.77 heheh tak sabaq aku nak tgk baby ni... nama tak boh lagi sbb abg dd tak ready nama lelaki..dia ingatkan baby girl...sbb masa scan tak nampak..heheh... mesti afif jeles dpt baby baru..hehehhe...


hari ni besday shay jugak... hepi besday shay..may allah bless u always.. hmm apa aku nak buat tadi...oh ye...si shadan nak aku masukkan link ke
gesbok aku...jap ek nak buat....heheheh...

Tuesday, May 04, 2004

back to opis

huk ala.. malas tul nak mulakan keje ari nih. mana taknya byk ari woo cuti... nak bangun pagi tadi punya la payahnye.. dah le tu hubby pun cuti lagi ari nih.. anak2 sedara semua dok tido lagi..wahh jelesnya tgk diorg semua tak perlu bangun awal utk pegi keje..semua lepak lagi kat umah...eshhh tension tul... tak de semangat tul nak dtg keje ari nih..macam mana pun...aku dah sampai opis.. pagi tadi makan spagetti kak ina masak.. skrg dah kui 11.27 am aku dah lapaq balik... mmm apa nak mkn tgh hari nih?